March 20, 2025

Tok Ram Minta Maaf

KUALA LUMPUR: Dina tetap memberikan komitmen sebagai peserta Gegar Vaganza Musim ke-9 sehingga saat akhir sebulum kehilangan arwah bapanya.

Hal itu dikongsikan Pengarah Muzik GV9 Datuk Ramli MS ketika ditemui media selepas konsert malam tadi.

Barisan Juri GV9

Ramli juga mesra disapa Tok Ram berkata, beliau hairan dengan prestasi persembahan Dina ketika sesi latihan pada hari Sabtu.

“Saya memang tegas dan saya marah dia (Dina) sebab menyanyi teruk. Dia menyanyi bukan seperti dia.

“Saya marah sebagai cikgu yang mendidik. Saya minta maaf. Saya hanya tahu selepas dimaklumkan rupa-rupanya ayah Dina ketika itu sedang nazak,” katanya.

Ramli pada masa sama turut memuji tindakan Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tom yang sukarela mahu menyanyikan lagu tugasan Dina berjudul Januari.

Foto: AZRUL RAFIE / Astro

“Kalau tengok tadi saya berdiri sebab saya respek mereka menyampaikan lagu itu sebagai tanda sokongan dan simpati pada Dina,” katanya.

Berkongsi perkara sama Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, keputusan menyanyikan lagu berkenaan ialah permintaan rakan-rakan Dina.

“Kami pada mulanya sudah keluarkan lagu tugasan Dina dengan apa yang berlaku, tetapi apabila Jac mewakili rakan-rakannya beritahu mereka mahu nyanyikan untuk Dina, kami setuju,” katanya.

Dia turut berharap Dina kembali kuat untuk terus memberikan persaingan di minggu depan dengan lagu tugasan yang sudah diberikan.

Bapa Dina, Mohd. Nadzir Gulam, 64, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.10 Ahad di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru akibat komplikasi paru-paru. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts