Suria FM terus mengukuhkan kedudukan sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia dengan mencatat 3.3 juta pendengar bulanan menurut laporan Nielsen Consumer & Media View (CMV) bagi tempoh Januari hingga Disember 2024.
Berdasarkan laporan yang sama, Suria FM kini berada di posisi tiga teratas untuk Stesen Radio Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.
Kejayaan ini turut diperkasakan dengan prestasi digital yang luar biasa. Sepanjang tahun 2024, Suria meraih lebih 113 juta tontonan video, 53 juta pendengar digital, 32 juta paparan & skrin halaman, serta 5.84 juta pengikut dan pengguna aktif di pelbagai platform.
Angka-angka ini membuktikan kekuatan jenama Suria yang bukan sahaja mendominasi di platform radio, malah semakin menguasai dunia digital.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak dan pendengar setia atas sokongan yang diberikan terhadap Suria FM.
“Kami amat menghargai kepercayaan jutaan pendengar dan pengguna digital yang memilih Suria sebagai teman hiburan harian. Sokongan ini menjadi dorongan untuk kami terus menghasilkan kandungan yang segar, relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia.
“Kejayaan ini juga adalah hasil kerja keras seluruh warga Suria yang komited memberikan pengalaman terbaik kepada pendengar, sama ada di radio mahupun platform digital,” katanya.
Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan padu anda yang menjadi pemangkin kepada semangat kami untuk terus menjadikan Suria sebagai jenama radio pilihan anda.
Sumber kenyataan yang dikeluarkan adalah berdasarkan data Nielsen CMV Jan-Dis 2024 untuk pendengar berusia 15 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia. Stesen radio Melayu yang diteliti termasuk Suria FM, Hot FM, Era FM, SINAR, dan Kool 101.- GayahIsTyping
