KUALA LUMPUR : Pelakon Jasmine Suraya melakar sejarah apabila menjadi selebriti Malaysia pertama yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang lakonan di sebuah akademik terkemuka dunia, Lee Strasberg Theatre and Film Institute di Los Angeles.
Lantaran itu, Jasmine terpaksa meninggalkan Malaysia seterusnya
berehat seketika daripada bidang seni selama setahun bagi memberi fokus pada pengajiannya yang akan bermula pada Januari tahun hadapan.
Lebih membanggakan akademik tersebut berjaya melahirkan beberapa nama besar seperti Angelina Jolie, Scarlett Johansson, Chris Evans dan Lady Gaga.
“Selepas kira-kira tujuh tahun dalam industri, ini pengumuman berat bagi saya kerana saya akan berehat sementara dalam dunia lakonan sebab nak melanjutkan pengajian.
“Kalau tidak silap saya, saya merupakan orang Malaysia pertama dan satu-satunya orang asia yang berjaya melanjutkan pengajian dalam akademi itu,” katanya.
Jasmine berkongsi berita itu ketika diitemui pada majlis makan tengah hari dan sambutan ulang tahun kelahirannya ke-34, yang berlangsung di Sudu House, Ampang.
Berkongsi lanjut mengenai pengajiannya, dia memberitahu dirinya melalui proses yang agak rumit sebelum berjaya menempatkan diri di akademik tersebut.
“Proses pemilihan ke situ sangat-sangat mencabar, saya perlu menulis dua esei untuk ujibakat dan interview. Bila saya dapat tawaran itu saya memang betul-betul terkejut. Adakah saya patut terima atau tidak tawaran itu,” katanya.
Bakal merindui tanah air, Jasmine berkata dia akan berangkat ke Los Angeles pada Disember depan seorang diri.
Dalam perkembangan lain, Jasmine bakal tampil dengan sebuah filem arahan seorang pengarah terkenal dari Hong Kong tidak lama lagi.
Selain itu, dia juga dalam fasa menyelesaikan drama bersiri Racun Rihanna yang bakal disiarkan di TV3 bersama para pelakon yang hebat seperti Rita Rudaini, Intan Najuwa dan Azah Aziz. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur