KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Dr Ahmad Idham Nadzri, meluaskan langkahnya melalui perniagaan bakeri Jeju Bakery & Bagels Cafe bersama rakan kongsi dari Korea Selatan, Kwon Nam Cheol.
Umum tahu produk dari Korea Selatan sentiasa mendapat tempat kalangan masyarakat kita kerana kualiti dan keistimewaannya.
“Saya mengenali Kwon Nam Cheol kerana sebelum ini sering berurusan dengan ahli perniagaan dari Korea Selatan itu sejak beberapa tahun lalu.
“Melihat pada beberapa peluang yang ada, kami bersetuju untuk menjadi rakan kongsi dan memeterai kontrak bersama syarikat EcoJFood Co. Ltd dari Pulau Jeju,” katanya.
Menurut beliau, antara peluang yang akan diwujudkan adalah membuka peluang francais dan ejen kepada anak tempatan di seluruh Malaysia.
Sebagai permulaan, lebih 30 jenis produk bakeri popular dari Pulau Jeju akan dibawa masuk ke Malaysia.
Malah, Jeju Bakery & Bagels Cafe pertama dijangka memulakan operasinya pada penghujung Mac ini.
Ditanya sama ada beliau mahu bersara dari dunia politik selepas pengalaman pada Pilihanraya Umum k-15 (PRU15) lalu, Ahmad Idham menafikannya.
“Buat masa ini saya nak ‘berehat’ sekejap tapi saya masih berulang alik ke Port Dickson untuk program kemasyarakatan kerana ada keperluan di sana.
“Saya juga kembali dalam bidang pengarahan selain meluaskan langkah dalam bidang perniagaan,” katanya.
Setakat ini, beliau sedang menyiapkan sebuah filem genre aksi komedi dan sebuah buku mengenai pendidikan khas. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia