Bapa kepada penyanyi, Ziana Zain dan Anuar Zain, Zin @ Zain Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya jam 3.32 petang tadi.
Menurut sumber terdekat, Allahyarham Zin, 87, meninggal dunia di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina sebelum Maghrib.
GIT cuba menghubungi keluarga arwah untuk mendapatkan maklumat terperinci, namun difahamkan kesemua mereka sedang menguruskan jenazah.

Zain yang juga pesara polis adalah orang penting dalam kerjaya seni adik beradik penyanyi, Ziana dan Anuar Zain. Arwah juga pernah terbabit dalam kugiran muzik pasukan beruniform. – GayahIsTyping
