KUALA LUMPUR : Sambutan Tahun Baharu 2022 di IOI Puchong, Sunway Velocity dan Sunway Pyramid memang menarik dan meriah bermesra dengan watak-watak popular PUBG Mobile dan Spiderman.
Lebih menarik, sambutan turut dimeriahkan dengan idola e-sukan seperti Firdaus Hashim (MasterRamen), Hakim Saddar, Roslinda BT Embran(Missrose), Sahrul Daulay(Pemburu7)dan Intan Serah.
Makanan ringan Taokaenoi edisi terhad PUBG MOBILE turut dihadiahkan kepada semua peminat yang bergambar bersama watak-watak PUBG MOBILE dan Spiderman dan sanitizer.
Hadirin yang bergambar bersama watak-watak popular MOBILE dan Spiderman turut memuat naik gambar mereka ke laman sosial Instagram atau Facebook dengan menggunakan hashtag rasmi #WinnerWinnerHappyNewYear #PUBGMOBILE #PUBGMXChristmas #PUBGMXNewYear #PUBGMXSpiderman.
Sementara itu, PUBG Mobile juga akan melancarkan pendaftaran untuk PUBG Mobile Pro League (PMPL) Musim Ke-5! Buat kali pertama, PMPL akan disertai peserta dari tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina.
Pendaftaran Kelayakan PUBG Mobile Pro League (PMPL) Musim Ke-5 tamat pada hb 9hb Januari 2022, hanya para pemain yang memiliki rank Ace dan keatas mampu merebut peluang dalam PMPL musim ini. Nantikan kejohanan ini dan #BeTheOne!
PUBG MOBILE Esport Malaysia juga menganjurkan pertandingan dan aktiviti e-sukan untuk melahirkan pasukan dan pemain yang bertaraf profesional, dimana mereka berpeluang bersaing di peringkat antarabangsa.
Permainan e-sukan seperti PUBG MOBILE juga dapat meningkatkan daya kreatif serta kemahiran berfikir di kalangan anak-anak muda serta menggalakkan nilai dan meningkatkan semangat kerjasama di kalangan pemain dalam sesuatu pasukan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan acara tersebut, sila layari laman sosial PUBG MOBILE
Facebook: PUBG MOBILE Malaysia
Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia
YouTube: PUBG MOBILE Malaysia
Instagram: @pubgmobilemyofficial – GayahIsTyping
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu