Baik Erra Fazira mahupun lelaki yang dikaitkan dengannya, Ezwan Zain mengakui mereka sedang dalam fasa hubungan yang lebih baik.
Kedua-duanya mengakui sedang memperkenalkan sesama mereka kepada keluarga masing-masing.
“Sekarang, kami di fasa nak cuba melalui laluan yang betul, tetapi tanpa tekanan,” katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa bersama peminatnya, di sini, malam tadi.
Erra bagaimanapun menyerahkan kepada takdir yang akan membawa jodoh mereka mengikut arus yang betul.
“Nak katakan ya (bercinta), kita tak tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Jadi, saya ikut saja arus waktu.
“Kalau rasanya okay, semua okay, keluarga okay, ‘jalan’. Saya okay begitu. Tak terlalu ‘rigid’ sangat.
“Masing-masing melakukan tanggungjawab masing-masing untuk kenalkan kepada keluarga. Saya rasa lebih matang,” katanya.
Ezwan berkata, mereka sudah berjumpa dengan beberapa orang terdekat dalam keluarga masing-masing.
“Kami cuba untuk pergi ke fasa seterusnya. Fasa yang lebih baik. Daripada kenal, kami lebih mengenali dan mungkin dari situ, ada merancang sesuatu,” katanya.
Erra sebelum ini dikaitkan sedang mempunyai hubungan istimewa dengan seorang jejaka dikenali sebagai Mr E.
Mr E atau Ezwan seorang ahli perniagaan restoran Kueh yang mempunyai tiga cawangan iaitu di Seksyen 13 Shah Alam, Setia Alam dan Subang Jaya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual