December 1, 2022

Ejen Ali Galas Misi Takluk Antarabangsa

KUALA LUMPUR : Di kala dunia perfileman tempatan mula bermimpi ke pentas Oscar, filem animasi Ejen Ali The Movie realistik menggalas misi menakluk pentas antarabangsa.

Filem animasi hebat tempatan itu bakal Bertanding di Cartoons On The Bay, Itali dan mewakili negara di ASEAN Film Week 2020, Vietnam.

Primeworks Studios dan WAU Animation hari ini mengumumkan penyertaan sulung Ejen Ali The Movie di dua festival filem berprestij antarabangsa tahun ini.

Filem itu terpilih di dalam barisan pencalonan akhir 16 filem
yang bakal bertanding untuk kategori Anugerah Filem Animasi Terbaik pada edisi ke-24 Cartoons on the Bay – Pulcinella Awards yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Disember 2020 di Pescara, Itali.

Filem ini berjaya menempatkan
dirinya sebaris dengan lebih 350 karya animasi hebat dari 20 buah negara serata
dunia di dalam acara berprestij ini.

Festival Cartoons on The Bay yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk mendedahkan himpunan karya animasi Itali, mula mendapat perhatian dan menjadi antara acara terpenting di dalam kalendar industri kanak-kanak antarabangsa.

Di peringkat Asia Tenggara filem ini diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia ke ASEAN Film Week 2020 yang akan berlangsung di tiga buah bandar besar Vietnam iaitu di Hanoi, Da Nang dan Bandar Ho Chi Minh.

Sepuluh negara ASEAN telah diundang untuk mencalonkan filem terbaik mereka
melalui pemilihan persatuan filem negara masing-masing selaras dengan tema “ASEAN Cohesion and Proactive Adaptation”. Selaku wakil rasmi negara Malaysia.

Gayah tumpang bangga dengan pencapaian Ejen Ali The Movie dan bukti bahawa Malaysia ke pentas dunia bukan angan-angan Mat Jenin.

Filem biasa juga mampu, asalkan lari dari kisah pewaris saham dalam keluarga dan cinta terhalang antara darjat.

Gayah rasalah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts