GIT MEDIA: Bagi penggemar Nasi Dagang makanan tradisi dari Terengganu, nama Grannies pastinya sudah tidak asing malah turut terkenal dalam kalangan selebriti popular dan orang kenamaan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, Grannies berjaya membina reputasi sebagai antara penyedia nasi dagang yang terkenal di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang. Keunikan rasa serta konsistensi kualiti menjadikan jenama ini terus menjadi pilihan pelanggan setia.
Maka tidak hairanlah, apabila Grannies menjadi pilihan figura ternama termasuk Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Nawawi, Neelofa dan ramai lagi.
Jenama ini semakin mendapat perhatian kerana menawarkan nasi dagang berkualiti tinggi yang sebelum ini popular di La Cucur KLCC, dan kini menawarkan pilihan untuk ‘dine-in’ kepada pelanggan apabila membuka kiosk sendiri di dalam Restoran Sajian Mak Lang di Taman Melawat yang mudah diakses dari sekitar ibu kota.
Kiosk ini beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari. Waktu ini sesuai untuk pelanggan yang ingin menikmati sarapan pagi yang mengenyangkan atau makan tengah hari awal. Selain makan di lokasi, pelanggan juga boleh membuat pesanan untuk dibawa pulang.

Perlu diketahui bahawa nasi dagang yang ditawarkan adalah dalam kategori premium kerana menggunakan bahan berkualiti tinggi seperti beras basmathi. Oleh itu, harga mungkin sedikit lebih tinggi berbanding nasi dagang biasa, namun setimpal dengan kualiti yang diberikan.
Kepelbagaian menu tradisional juga boleh dinikmati di Grannies yang menawarkan menu seperti:
Nasi lemak sambal ikan
Nasi minyak Terengganu
Laksa kuah putih
Laksa kuah merah
Pulut lepa atau pulut panggang
Pulut tapai
Pulut dakap
Ropa ayam



Selain kiosk utama terletak di Taman Melawati, produk makanan Grannies juga boleh didapati di beberapa cawangan Kueh Cafe sekitar Lembah Klang. Ini memudahkan pelanggan mendapatkan hidangan tanpa perlu ke satu lokasi sahaja.
Selain hidangan utama, Grannies juga menawarkan biskut raya yang dijual sepanjang tahun. Produk ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan jualan mencecah ratusan ribu balang.
Bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan, Grannies menyediakan perkhidmatan pesanan secara dalam talian serta katering.
Menariknya, tiada minimum order dikenakan, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis majlis atau keperluan individu. Hanya perlu membuat tempahan di talian 0139075199. – GIT MEDIA
