Nikmati 80 Jenis Hidangan & Lebih Dari 12 Gerai Live Cooking Sempena Buffet Ramadhan 2024 Di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong – Buat julung kalinya Lugar De La Boda akan bertukar lokasi dari Dewan Lugar De La Boda ke lokasi baru di Dewan MSBJ Puchong Utama7 (Waze : Dewan MSBJ PU7).
Hanya 1.2 km dari Dewan Lugar De La Boda. Untuk ramadhan kali ini, Lugar De La Boda akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-7 di Dewan MSBJ PU7, Puchong lengkap dengan penyaman udara.
Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. Buffet ramadhan harga bawah RM90 di Selangor ini bermula dari 15 Mac 2024 (Jumaat) hingga 7 April 2024 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam.
Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar kawasan dewan.
Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari.
Lebih menarik, terdapat 12 stall makanan dan ‘live cooking’ yang anda wajib cuba seperti lamb grill live – menghidangkan kambing grill hanana bersama coleslow dan sos black pepper‘.
Juga live kuih badak berendam dan onde-onde selain pelbagai jenis mee juga ais krim.
Anda juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang ‘Night Market Style’, ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, meja bufet, anda bakal menikmati pencuci mulut seperti bubur of the day, buah-buahan tempatan, kuih-muih melayu, pelbagai jenis kek dan beberapa hidangan lain.
Bayangkan untuk semua itu anda hanya perlu membayar bawah dari RM90 iaitu
RM85 bagi dewasa, kanak-kanak bawah 11 tahun dan warga emas hanya pada kadar RM49.
Manakala bagi tempahan pukal (dalam satu resit) iaitu 10 orang bakal mendapat harga RM75 sahaja seorang. Bagi yang menyambut hari lahir akan dihadiahkan makan secara percuma. (tunjuk kad pengenalan)
Tempahan boleh dibuat melalui https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanmbsj2024 atau sila hubungi
Zuraini – 0163111074
Liana – 016-4318434
Shaidatul – 0166700473
Kak Lin – 017-2345297
– GayahIsTyping
You may also like
-
Tidak Fake – Siti Jamumall Jadi Diri Sendiri
-
Brik Raikan Ulang Tahun Pertama – Perkenal 21 Beg Baru Pelbagai Warna
-
Precious Of Malaysia Ke Kota Paris – Istimewa Kehadiran Sultanah Nur Zahirah Di Malam Gala
-
Precious Of Malaysia Iktiraf Pereka Muda – Cabar Empat IPT Bersaing Dengan Pereka Sebenar
-
Survival Seni Sissy Iman – Lupakan Tas Tangan Mewah Demi Sebuah Impian