September 27, 2023

Gayah vacay ke Bangkok dan Pattaya!! [Part 2]

Jauh berjalan, luas pemandangan. Bukalah minda kita kerana lain negara, berbeza budaya, apatah lagi jika pergi ke Thailand yang agama utamanya Buddha yang begitu sebati dengan jati diri dan budaya masyarakat di sana.

Jadi itulah yang Gayah buat setiap kali berpeluang bercuti di luar negara kerana bagi Gayah tidak salah untuk kita melihat adat serta budaya orang lain.

Selain sibuk ‘mengosongkan’ dompet di beberapa lokasi pasar malam di Bangkok dan menyusuri Sungai Chao Phraya, Gayah sempat berkunjung ke Bangkok National Museum.

Macam Gayah katakan tadi, ‘buka’ minda kita dan ‘lapangkan’ dada kerana dalam muzium yang antara terbesar di Asia Tenggara itu terdapat satu ruang mempamerkan patung-patung. Bukan memuja tetapi Gayah kagum melihatkan seni bina dan keunikan patung-patung itu serta kehalusan seni artifak lain terutama ukiran keemasan yang menghiasi kenderaan diraja lama.

Sebabnya, jari-jemari Gayah ini ‘keras’, lukis pokok kelapa pun tak ‘lepas’. Daripada jadi ‘perosak’ seni, elok Gayah menghargai hasil seni orang lain.

Muzium itu dibuka Raja Rama V pada tahun 1874 untuk mempamerkan peninggalan pemerintahan Raja Rama IV. Sebahagian koleksi tercatat dalam Program Memori Dunia UNESCO yang didaftarkan pada tahun 2003 sebagai pengiktifaran kepentingan dunia.

 

Selain daripada memelihara dan mempamerkan artifak Thai yang bertarikh dari Dvaravati, Srivijaya, hingga Sukhothai dan Ayutthaya, muzium ini juga menampilkan koleksi seni Buddha Asia serantau seperti India Gandhara, Tang Cina, Vietnam Cham, Jawa Indonesia, dan seni Khmer Kemboja.

Koleksi Seni dan Koleksi Etnologi yang dipaparkan di bangunan istana lama mengandungi pelbagai pameran seni, budaya dan etnografi seperti khazanah emas, batu permata, ibu mutiara, simbol kerajaan,lambang, pakaian, tekstil, seramik, gading terukir, pengangkutan diraja lama, senjata lama dan alat muzik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts