KUALA LUMPUR: Suasana sebak melatari atmosfera ruang pelancaran single Sudah nyanyian Nikki Palikat dalam majlis yang diadakan semalam.
Bermula dengan tenang saat muzik video lagu karya Naim Daniel dan muzik susunan Irwan Simanjuntak dimainkan di layar.
Adrenalin mula mengalir deras menyentuh naluri rasa sayu dalam kalangan khalayak, saat Nikki berdiri di pentas dan membawakan lagu Sudah secara live.
Sudah sebuah karya yang sepatutnya dibawakan oleh arwah Siti Sarah namun takdir tertulis itu tidak akan menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia tahun lalu dek penangan Covid-19.
“Saya sebak dan cuba kawal sebaik mungkin emosi membawakan lagu ini. Bukan sahaja hari ini, tapi juga ketika rakaman dan penggambaran muzik video.
“Beberapa kali saya terpaksa minta berhenti fan jurusolek Kak Sheila perlu membetulkan solekan. Sesuatu yang sangat menyentuh jiwa.
“Hari ini juga saya rasa Sarah ada bersama saya. Hati ini susah untuk saya gambarkan,” katanya.
Naib Juara Gegar Vaganza Musim ke-8 itu mengakui dirinya didakap emosi pilu lebih-lebih lagi apabila menerima pesanan dari suami Sarah, Shuib sebelum melangkah ke pentas.
Katanya, Shuib ucapkan terima kasih dan meminta semua mendoakan agar Sudah dapat diterima dan ke peringkat Anugerah Juara Lagu seperti diimipikan arwah.
“Sejak saya terima lagu ini saya hanya dengar sekali nyanyi yang dibuat Sarah. Saya terus fikir saya perlu buat dan interpretasikan cara saya.
“Saya tahu itu yang Sarah mahukan. Nyanyi cara saya. Saya fahamkan lagu ini rintihan mengenai rasa putus harapan seseorang yang di tahap paling dalam.
“Saya turut ikat tangan saya dan balut badan saya dengan comforter untuk dapatkan rasa seksa dan emosi lagu ini,” katanya.
Tambahnya, bukan setakat menyanyi dia turut bercerita dan bercakap dalam penyampaian lagu berkenaan.
Disebalik semua itu, Nikki turut memanjatkan syukur kerana dipilih dan sekaligus memiliki sebuah single yang disifatkan sangat bagus.
Dia turut gembira kerana mendapat maklum balas yang positif mengenai lagu berkenaan yang sudah boleh didengari di semua platform digital.
“Semua ini rezeki buat saya dan penghargaan yang sangat bermakna. Seperti sebuah hadiah dari Sarah yang memang saya kenali,” katanya.
Nikki berharap kerjaya seninya terus bersinar dan Sudah diterima baik oleh semua pihak serta mampu menelusuri perjalanan yang terbaik dalam landskap industri muzik. – GayahIsTyping
You may also like
-
Bakal Lakar Sejarah Nasyid – Misi InTeam Tawan Axiata Arena
-
Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel Ajak Peminat Hafal Jangan Henti – Nyanyi Bersama 18 Oktober Ini
-
Legacy 30 Siti Nurhaliza – Simbol Perjalanan, Pengorbanan Dan Kejayaan Seni Biduanita Negara
-
Erra Fazira Tak Lepas Tangan – Bantu Lonjak Jualan Hingga Hampir 40 Peratus Produk Captain Dolphin
-
Goyang Gerudi Inul Kembali Selepas Dua Dekad – Bawa Amelina Dan Baby Shima