Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid bakal menimang cahaya mata sulungnya iaitu bayi perempuan dijangka pada November ini.
Sufi berkata dia dan isteri Nurulain Md Yusof teruja menyambut bayi selepas lima tahun mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.
“Alhamdulillah dengan rezeki Allah ini dan hadir ketika kami sudah betul bersedia terutamanya dari faktor kewangan dan ekonomi.
“Lebih istimewa ini adalah bayi dari London ketika kami bercuti di Eropah dan saat itu saya beritahu Ain saya sudah bersedia,” katanya pada media selepas Majlis Gender Reveal Party #BabybySAH di Zebra Square KL hari ini.
Ain di sisi turut bersyukur dengan rezeki berkenaan dan mengakui sudah bersedia bergelar ibu.
“Syukur sangat dan betullah kata orang anak itu membawa rezeki dan kami dikurniakan rezeki ketika kami sudah betul-betul bersedia.

“Kalau nak tahu yang banyak mengidam sebenarnya Sufi dan dia juga cranky sebaik saya hamil.
“Dia juga teruja bila setiap malam akan ambil baju baby dan susun serta tenung sambil senyum-senyum,” kongsinya.
Sufi mencelah, isterinya itu turut mengidam benda istimewa sebagai ibu yang sedang hamil.
“Kalau nak tahu, esok kami akan terbang ke Jerman untuk menonton konsert Adele yang berlangsung di sana,” katanya.
Sementara itu, juara Akademi Fantasia 2015 berkata bayi berkenaan bakal dilahirkan pusat bersalin swasta di Seri Kembangan Selangor.
Sufi juga berjanji untuk menjadi bapa yang baik serta memberikan contoh buat puteri sulungnya itu.
“Saya juga bercadang untuk bercuti selama setahun selepas bayi lahir nanti untuk sama-sama menjaga anak saya,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya