Erra Fazira & Ezwan Zain Sah Bakal Nikah – Pilih Tarikh 12.12.2025

Primadona filem Malaysia Erra Fazira sah bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan Ezwan Zain pada 12.12.2025 

Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 51 bakal bernikah dengan Ezwan, 44 dalam satu majlis di Shah Alam.

Majlis resepsi juga bakal diadakan sehari selepas itu.

Berita gembira itu akhirnya terjawab selepas lebih setahun berkenalan dan mendapat perhatian ramai.

Erra turut menitiskan air mata gembira mengumumkan berita itu.

Pada majlis itu Erra turut melancarkan lagu Cinta Abadi 2025 selepas kali pertama diterbitkan pada 1994 sempena hari bahagia itu nanti. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *