April 13, 2024

Aina Abdul Muncul Naik Lori Ke Karpet Merah ABPBH35

KUALA LUMPUR : Penyanyi dengan signatur fesyen pelik, Aina Abdul muncul dengan menaiki lori serta menyarung fesyen blazer gergasi bersaiz empat kaki.

Aina dalam persalinan avant garde ala met gala berona merah mencuri tumpuan dan terpaksa melangkah berhati-hati di karpet merah malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH35) di Istana Budaya di sini.

Aina memakai baju blazer rakaan Behati dan dijayakan oleh penata gaya Abu.

Menurut Aina, dia berasa selesa dengan konsep konsep blazer bersaiz besar bersaiz empat kaki lebar.

“Saya memang selesa dengan konsep blazer bersaiz besar seperti mana yabg kerap saya pakai sebelum ini.

“Jadi, kali ini saya mengambil inspirasi daripada konsep itu dan meminta pereka untuk menghasilkan blazer bersaiz empat kaki lebar,” katanya.

Aina juga turut berkongsi maksud di sebalik busana yang dipakainya itu.

“Konsep bunga mawar pula adalah sebagai rentetan daripada konsep sebelum ini di mana saya memakai busana dengan inspirasi daripada mawar hitam. Kali ini saya memakai busana mawar merah.

“Saya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasilnya,” jelasnya.

Kemunculan Aina itu boleh dikatakan seperti acara Met Gala yang cukup popular menampil fesyen extravaganza selebriti. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts