KUALA LUMPUR : Balik kampung ada gaya. Itu pilihan penyampai radio dan pengacara Aswad Jalil yang memilih untuk menaiki motosikal pulang ke kampung sempena Syawal.
Dia berkongsi, hanya menggunakan RM40 kos untuk mengisi minyak bagi perjalanannya dari Kuala Lumpur ke kampung halamannya di Marang, Terengganu.
“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya selamat sampai. Patutnya dalam rnam jam tapi saya berhenti beberapa kali untuk berehat.
“Saya juga berhenti isi minyak selain hujan di beberapa kawasan,” kongsinya kepada GayahIsTyping.
Tambah Aswad dia memilih untuk ‘solo ride’ untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas selain berjimat cermat dengan keadaan ekonomi semasa.
“Yang penting saya pastikan semua persiapan termasuk motor baru lepas servis, baru tukar tayar dan beberapa accessories pun ada baru beli online.
“Kiranya kita pastikan semua dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan perjalanan,” kata penyampai segmen malam stesen radio Gegar itu.
Ditanya mengenai barang seperti baju untuk dibawa pulang, Aswad berkata ia tidak menjadi masalah buatnya.
“Balik tak lama. Baju dah ada kat kampung. Baju Melayu (baju raya) tahun ni mak jahitkan,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
SFMM39: 30 Lagu Bersaing – Saingan Power Vocal & Penyanyi Baru
-
Gie Cipta Sejarah – Juara Wanita Pertama Kilauan Emas
-
Jamal Abdillah Imbau Memori Cinta Zack Azura – Konsert Istimewa Februari 2025
-
Aliff Syukri Tolak Tawaran Konsert – Fokus Perniagaan Beg Kulit Setanding Jenama Mewah Antarabangsa
-
Ernie Teruja Persembahkan Dirinya Di Aura: Ernie Zakri Live in Concert – Sufi Rashid Akui Ernie Pilihan Utama