Disiplin Khai Bahar Jadi Tarikan – Dilantik Duta Rasmi Dua Produk Coco Cado

Selain populariti Khai Bahar yang terus menjadi buah hati peminatnya, disiplin yang dimiliki penyanyi ini menjadi tarikan sehingga dipilih sebagai duta rasmi bagi dua produk sekaligus di bawah keluaran syarikat Happy Alliance (M) Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Urusannya Johnny Tan, Khai pilihan tepat kerana berpuas hati dengan sikap yang bertanggungjawab serta berdisiplin sejak menjalinkan Kerjasama untuk tempoh setahun lalu.

“Khai sangat popular dan mempunyai disiplin yang bagus sepanjang kami bekerjasama dan kami berpuas hati serta membuat keputusan untuk menyambung Kerjasama dengannya.’

“Malah bukan satu tapi kita memilih Khai untuk duta rasmi bagi dua produk iaitu Potato Sticks dan Popping Pearls di bawah jenama Coco Cado,” katanya.

Tan yakin, perlantikan Khai sebagai duta rasmi jenama itu yang popular menerusi lagu Bayang dan Luluh itu, sebagai langkah strategik dalam meningkatkan imej jenama serta memperluas jangkauan pemasaran kepada golongan pengguna yang lebih besar, khususnya kelompok belia dan keluarga.

Mengulas mengenai produk itu, Potato Sticks, atau Jejari Kentang, yang hadir dalam tiga perisa menarik: Salted, Tomato dan Black Pepper. Dihasilkan daripada 100% kentang sebenar, Potato Sticks menggunakan teknologi Vacuum Frying, iaitu kaedah menggoreng pada tekanan rendah yang dapat mengurangkan penyerapan minyak sambil mengekalkan nutrien, warna dan rasa asli kentang.

Manakala, produk kedua, Popping Pearls atau Popping Mutiara, hadir dalam tiga perisa unik: Water Chestnut, Barley dan Red Bean. Berbeza daripada Potato Sticks, Popping Pearls ialah jeli bulat menyerupai mutiara yang mengandungi isi buah sebenar.

Sementara itu, Khai melahirkan rasa syukur dengan rezeki yang diterima serta menganggap ia doa daripada peminat khasnya Khai Bahar Empire yang sentiasa menjadi tulang belakang Ketika susah senang dirinya.

“Saya terharu dengan kepercayaan Mr Tan dan syarikatnya yang sangat teliti dalam menghasilkan produk malah siap buat kejutan produk baharu untuk saya.

“Selama setahun saya bersama mereka dan saya sendiri bersama-sama melihat mereka membuat persediaan rapi sebelum menggeluarkan sesuatu produk,” katanya. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *