Ismail Iskandar Juara GV12 – Pamer Persembahan Konsisten 12 Minggu Beturut-Turut

Iskandar Ismail muncul juara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) menewaskan lima yang lain menjadikan dia juara kedua dari negara Kota Singa.

Iskandar yang membawakan lagu Madah Berhelah pada pusingan solo dan berduet dengan Jaclyn Victor menerusi lagu Senja Nan Merah turut mendapat pujian juri profesional Datuk Ramli MS yang menyatakan penyanyi itu membuat persembahan yang ‘well done’.

Anak kepada bintang lagenda Allahyarham R.Ismail itu membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi serta set ruang tamu tajaan Empire Reka.

Mendua ditempat kedua dan Nubhan di tempat ketiga manakala Mark Adam, Mell Sakura dan Ruri Republik masing-masing di tangga keempat hingga keenam.

Persembahan finalis malam ini turut diadili juri professional Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Bintang-bintang hebat seperti Datuk Seri Rossa turut berduet dengan finalis Mark Adam, Aina Abdul (Nubhan), Marsha (Mendua) , Fadly Padi (Mel Sakura) dan Sunu Matta Band (Ruri).

Datuk Jamal Abdillah juga membuat persembahan dalam segmen Lejen Lanjer pada malam konsert akhir.

Mark Adam pula mencipta sejarah menjadi peserta yang menyapu bersih anugerah mingguan Ikon Nombor Satu Celcom Digi sepanjang 12 minggu berturut-turut. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *