Empat penyanyi hebat bakal berkongsi satu pentas dalam Konsert Divas & Diamonds 2024 yang bakal berlangsung di Arena Larkin, Johor Bahru pada 7 September depan.
Dayang Nurfaizah dan Datuk Jamal Abdillah bakal bergandingan dengan Datuk Seri Rossa bersama seorang lagi penyanyi hebat yang akan diumumkan kelak.
Lebih menarik, lima peratus dari hasil kutipan konsert anjuran Mega Eve itu akan disalurkan untuk tabung kemanusiaan Gaza, Palestin.
Ketua Pegawai Eksekutif Mega Eve Sdn
Bhd, Dr Farhan Razali berkata syarikatnya akan terus menyokong usaha Kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin sambil melaksanakan pelbagai acara pada masa akan datang.
Setiap penyanyi akan mengadakan konsert dalam tempoh kira-kira setengah jam diiringi live band.
Lebih menarik pentas konsert akan didirikan ditengah-tengah arena untuk memberikan sudut pandang menyeluruh kepada semua yang menonton.
Harga tiket untuk Divas & Diamonds bermula dari RM288 hingga RM888. Untuk membeli tiket dan untuk segala pertanyaan, sila layari ticket2U.com.
Pengarah projek konsert itu, Aman Ali berkata pihaknya terharu dengan kerjasama artis terbabit termasuk dalam hal berkaitan harga dalam usaha membantu menjayakan tujuan murni konsert berkenaan.
Sehubungan itu, pihaknya juga dapat menawarkan harga tiket berpatutan meskipun menampilkan empat artis hebat dalam industri seni. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual