KUALA LUMPUR: Aeydan yang dianggotai enam anak muda berusia 20-an tampil menyahut cabaran untuk menawarkan sesuatu yang terkini dalam komuniti peminat nasyid yang baharu.
Kesemua mereka mahu diberikan peluang untuk mengisi ruang peminat hari ini yang sangat dahagakan sesuatu yang segar dan betul-betul menepati citarasa mereka sebagai anak muda.
Hakikatnya, mereka yang terdiri daripada Ilham, Izwan, Farhan, Haikal, Fardeen dan Alif, tidak asing dalam komuniti nasyid kerana kesemua anggota Aeydan merupakan anak anak ahli kumpulan Rabbani.
Kumpulan nasyid baharu yang mendapat nama menerusi perkataan bahasa Greek atau Latin sebutannya Eden iaitu bermaksud satu tempat yang cantik dan indah mahu meneruskan legasi nama besar seperti Raihan, Rabbani Hijjaz, Saujana dan Nowseeheart masih terus unggul meraikan ulangtahun mereka yang ke 25 tahun ini.
Aeydan kini bermula dengan single pertama berjudul Bintang, sentuhan kreatif dan terbitan bersama komposer terkenal Daqmie dan Wan Saleh yang sinonim dengan genre nasyid moden serta irama World Music.
Bintang merupakan penceritaan tentang tokoh-tokoh yang banyak berjasa dalam dunia dakwah khususnya penasyid-penasyid generasi awal.
Lebih menarik single Bintang nyanyian Aeydan ini ialah satu kolaborasi bersama beberapa figura nasyid seperti Daqmie, Wan Saleh, Saujana, Nowseeheart dan Rabbani melalui label Scriptology Music dan Rabbani Empire Resources.
Video muzik Bintang diterbitkan oleh Kashfy Studio dan diarahakan oleh Suhairil Izham yang dirakamkan berlatar-belakangkan hangar kapal terbang, Politeknik Banting.
Satu mesej besar yang dibawa pengarah dalam muzik video ini adalah : Dari Banting ke Bintang. Tanpa ilmu,
usaha dan impian tinggi tak bisa dicapai. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan