Gambar Buah Zuriat – Ezwan Hanya Mengusik Erra 

Suami kepada Primadona filem Malaysia Erra Fazira iaitu Ezwan Zain menjelaskan aksi bergambar dengan sejenis buah yang digelar ‘buah zuriat’ hanya bertujuan mengusik suri hatinya itu.

Gambar mereka bersama buah berkenaan tulat sewaktu menunaikan umrah baru-baru ini.

Ezwan yang juga tauke restoran Kueh Cafe mengakui tindakan yang dibuat kepada isterinya hanya bertujuan mengusik tanpa berniat lain.

“Saya memang suka mengusik Erra, ia hanya satu gurauan. Sebab saya pun terkejut, saya pun tak pernah tahu nama buah itu buah zuriat,” katanya sambil ketawa.

Pasangan itu yang ditemui sehari selepas pulang ke tanah air, sempena majlis perasmian premis makanan segera Cluck’nCone di Jalan Rembia, Bukit Bintang di ibu kota hari ini.

Tambah Erra, situasi bergambar dengan buah berkenaan ialah tindakan spontan dan gurauan daripada suaminya tanpa mempunyai maksud yang serius.

“Saya pun tidak tahu itu buah zuriat, tiba-tiba dia suruh ambil gambar. ‘Ambil apa tu?’ Apapun saya anggap itu gurauan.

“Saya sudah set otak, macam tidak sesuai (hamil). Tapi kalau Allah sudah berkehendak, berkehendaklah,” katanya dan Ezwan.

Berbicara lanjut mengenai perancangan keluarga termasuk menimang cahaya mata, Erra dan Ezwan mengaku sejak awal sudah sepakat untuk tidak meletakkan harapan tersebut.

Erra malah cukup realistik dengan usianya yang sudah mencecah 51 tahun tahun sementelah beliau dan Ezwan masing-masing pernah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan menerusi perkahwinan sebelum ini.

“Sejak awal sewaktu menuju pernikahan, kita tidak fikir ke arah itu pun. Saya pernah tanya Ezwan ‘you nak anak ke? Kalau nak anak, better nikah dengan perempuan lebih muda. Saya awal-awal sudah cakap.

“Saya tahu 80 peratus itu tidak. Di usia saya pun, doktor juga ada nasihatkan untuk usia saya, adalah lebih baik tidak (hamil). Untuk usia, kesihatan saya dan anak. Ini adalah nature.

“Tapi macam saya cakap siapalah kita untuk menidakkan kehendak Allah. Dan saya tidak sedih,” jelas Erra.

Berkongsi pengalaman mengerjakan umrah bersama buat kali pertama sebagai suami isteri, pasangan tersebut melahirkan rasa bersyukur dan menyifatkan ia perjalanan kerohanian, bukan bulan madu.

Erra dan Ezwan yang selamat diijabkabulkan pada 12 Disember 2025 masing-masing memiliki seorang zuriat daripada pernikahan lampau.

Erra memiliki seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil pernikahan kedua bersama Engku Emran manakala Ezwan dikurnai puteri yang diberi nama Dania Sofea. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *