GV12: Apa Jadi Dengan ‘Lejen Lanjer’? – Keadaan Artis Jadi Cabaran

Ramai yang tertanya-tanya apa jadi dengan slot ‘Lejen Lanjer’ yang diumumkan pada minggu pertama konsert Gegar Vaganza musim ke-12 (G12) memandangkan selepas kemunculan Zaiton Sameon, belum ada lagi artis lejen yang ditampilkan.

GIT Media mendapatkan penjelasan Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari berhubung perkara itu dan dimaklumkan ia tetap ada cuma pihak produksi berdepan dengan beberapa cabaran termasuk mendapatkan tarikh yang sesuai dengan artis terbabit.

“Slot Lejen Lanjer ialah inisitaitif baru yang cuba dipamerkan musim kali ini, seperti yang kita maklum perincian untuk dapatkan tarikh serta keadaan mereka juga memainkan peranan.

“Insya-Allah dalam minggu akan datang akan ada lejen yang akan ditampilkan,” katanya.

Idlan turut menafikan slot berkenaan hanya gimik semata-mata dan pihak Astro memang berniat untuk menjemput dan memberi peluang kepada bintang lejen muncul dalam GV12 serta turut menerima bantuan,” katanya.

Zaiton Sameon ditampilkan sebagai peserta ke-14, GV12 pada minggu pertama konsert namun diumumkan ia hanya gimik untuk slot Lejen Lanje yang membuka peluang kepada artis lejen membuat persembahan di program realiti berkenaan.

Penyanyi Menaruh Harapan itu turut menerima bantuan RM4,000. – GIT MEDIA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *