January 19, 2025

Duo Baru Gegar : Issey & Fizie

KUALA LUMPUR : Stesen radio nombor satu Pantai Timur, Gegar FM terus menampilkan formula terbaik bagi menyajikan hiburan buat pendengar mereka. 

Pengurus Kandungannya, Raja Nadia Salwana berkata antara tarikan utama ialah menjenama semula segmen pagi yang dikenali sebagai Bro Pagi Gegar.

Dia berkata, segmen itu menampilkan Issey Fazlisham bersama penyampai yang baru dibawa masuk iaitu Fizie Roslan.

“Kami berubah mengikut peredaran masa dah teknologi. Kami tetap akan mengekalkan perisian lokal yang boleh mendekatkan stesen dengan pendengar melalui penyampai kami. 

“Fizie adalah seorang yang tak asing lagi untuk pendengar Pantai Timur. Jadi bila kita padankan dengan Issey, kita yakin dan nampak chemistry di situ.

“Issey seorang ikon cultural dgn dikir barat dia dan berpengetahuan sejarah pantai timur,” katanya.

Tambah Raja Nadia yang lebih mesra disapa Nana, Fizie pula memiliki pesona dan karakter tipikal lelaki Kelantan dan Pantai Timur dari segi cara bercakap, bersembang dan berjenaka.

Dia berkata, keseimbangan dua karakter penyampai pagi itu mewarnai dan memeriahkan segmen pagi agar lebih dekat dengan pendegar. 

Nana berkata, Shah yang sebelum ini di Gegar Pagi kini bergandingan Scha Musa dan tiada perubahan di Gegar Petang serta Gegar Malam.

Sementara itu, dia berkata stesen itu akan terus aktif dengan aktiviti turun padang yang sinonim dengan Gegar FM sepanjang 2024.

Aswad penyampai Gegar Malam

“Kita sudah kembali aktif turun padang sejak pertengahan tahun lalu melalui Jelajah Busking Gegar di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur. 

“Cuma, untuk setengah tahun ini, semua aktiviti untuk turun padang perlu bersesuaian dengan keadaan semasa seperti bencana banjir, pembukaan sekolah dan sambutan perayaan serta Ramadan,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts