Kehebatan lakonannya diakui ramai, malah Fasha Sandha terus menjadi pilihan produk yang percaya dengan kemampuannya membawa produk mereka ke pasaran yang lebih luas.
Terbaharu, Fasha diumumkan sebagai duta rasmi jenama Losyen Mustajab Mini Sauna dengan pilihan wangian eksklusif, keluaran Dunia Herbs.
Menurut Pengarah Dunia Herbs, Wan Noramira Wan Rosdi, pemilihan Fasha sebagai duta, adalah kerana personaliti aktres itu yang positif dan konsisten selari dengan identiti jenama Dunia Herbs.
Tambah Noramira, dengan kehadiran Fasha Sandha, Dunia Herbs dapat melonjakkan lagi jualan losyen Mustajab kerana komitmen beliau yang sangat positif dan sentiasa menyumbang idea dan input yang bernas bagi sama-sama memperkenalkan kebaikan losyen keluaran terbaharu itu kepada rakyat Malaysia.
Sementara itu, Fasha Sandha berkata, dia tidak teragak-agak menerima tawaran tersebut kerana sudah lama mengenali dan menggunakan produk Mustajab.

“Keluarga saya memang pengguna Mustajab. Apabila ditawarkan sebagai duta, saya tanya kalau ada formula baharu yang boleh buat Gen Z jatuh cinta. Dari situ tercetusnya idea losyen dengan pilihan wangian ini,” katanya.
Tambah Fasha Sandha, produk itu bukan sahaja berkesan, malah memberikan keyakinan kerana baunya yang harum.
“Dulu suami menjauh apabila bau minyak yang terlalu kuat, sekarang makin mendekat sebab wangi,” katanya berseloroh.
Mengenai losyen Mustajab Mini Sauna, ia hadir dengan empat pilihan wangian iaitu Quince & Tulip, Golden Oud, Blooming Peach dan Amouge, bagi memenuhi keperluan pelbagai golongan.

Inovasi itu bertujuan memastikan produk Mustajab kekal relevan di pasaran, khususnya di kalangan golongan muda, tanpa meninggalkan losyen klasik yang sudah lama dipercayai pengguna.
Pelancaran ini dijangka membuka lembaran baharu buat Dunia Herbs dalam usaha mendekati generasi muda, sekali gus mengekalkan kepercayaan pengguna setia. – GIT MEDIA
