Siapapun kita, erti Hari Raya tetap sama dan disambut dengan penuh kesyukuran kata artis dalam jalur muzik hip hop yang berbakat besar Yonny Boii.
Dia berkata, meskipun disambut dalam suasana PKP, raya tetap raya dengan rutin biasa termasuk hidangan yang disediakan.
“Masih sama sahaja, kita sambut dengan syukur dan sederhana. Tidak timbul isu raya tak sama atau sebaliknya.
“Saya tetap cari Tart Nenas sebagai kuih raya wajib setiap pagi lebaran selain juadah biasa yang lain,” katanya.
Yonny berkata, sepanjang berkurung dalam suasana PKP, dia tidak hanya goyang kaki, tetapi mencipta sebanyak mungkin lagu baharu.
Dia juga muncul dengan single solo terbaharunya berjudul Salahku baru-baru ini.
Lagu yang meluahkan isi hati serta perasaannya itu disiapkan Jun tahun lalu.
Sebelum Salahku, Yonny Boii tahun lalu pernah meledak dengan lagu Sakit duet bersama Zynakal.
Yonny turut sudi beraya dengan Geng Gayah di YouTube: gayah is typing, berkongsi kisah kuih raya dan duit raya.
Seperti yang pernah Gayah beritahu, suka dengan lirik tulisan Yonny kerana sampai terus menusuk ke hati. Muzik moden dengan lirik memukau!
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia