ALOR SETAR: Kegusaran yang bersarang di hati warga Suria FM pada siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Kedah Ahad lalu, hilang sebaik melihat perkarangan pentas konsert mula dipenuhi sejak jam 10 pagi dengan lebih 8.000 pengunjung hadir meskipun hari bekerja di negeri itu.
Lebih menarik kesemua mereka kekal sehingga ke akhir konsert termasuk menyertai pelbagai aktiviti pentas yang dijalankan termasuk memenangi hadiah wang tunai dan tawaran utama sebuah motosikal.
Diva Aishah pastinya menjadi tumpuan menerusi gemersik vokalnya yang masih berbisa melantunkan lagu Cinta Beralih Arah dan Janji Manismu.
Selain Aishah, artis lain turut membuatkan penonton melekat di tempat duduk masing-masing antaranta ialah Exists, Ruffedge, Kristal X, Aris Ariwatan, Khai Bahar, Nabila Razali, Zulhadi, Syameer Azmi dan Heedan Mohd.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin bersyukur atas sambutan luar biasa daripada peminat, sekali gus mencatatkan jumlah paling ramai sejak penganjuran siri Jelajah Suria.
Malah jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu di Youtube Suria TV, Facebook Suria FM dan Aplikasi Suria Malaysia berjaya mencatatkan lebih 150,000 tontonan sepanjang acara berlangsung.
“Alhamdulillah kami sangat gembira dan bersyukur dengan sambutan yang diberikan. Risau juga pada mulanya, syukur kerana ramai yang mahu lihat artis kita dari era 80-an yang sudah lama tidak munucl dan mereka yang masih popular pada hari ini.
“Terima kasih kepada semua peminat Suria FM di utara yang hadir memeriahkan konsert Jelajah Suria yang berlangsung pada Ahad lalu. Buat warga Kuantan, semua dijemput hadir kerana banyak kejutan yang menanti anda di Jelajah Suria Anggun Cotton Collection pada Sabtu ini”, katanya
Jelajah Suria Anggun Cotton Collection bakal gegarkan Kuantan City Mall, Pahang pada 25 februari (Sabtu) ini dengan membariskan lebih 10 artis popular tanah air seperti Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Zulhadi, Syameer Azmi, Afieq Shazwan,Haqiem Rusli, Amir Masdi, Azan Scan, Amad Fadlin, Talissya, Heedan Mohd, Rief Danial dan ramai lagi!
Lebih menarik lagi, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti motorsikal Modenas MR 3 dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria minima pembelian sebanyak RM 100 yang dijual di booth Kedai Suria sepanjang konsert berlangsung, juga menangi wang tunai lebih RM 10,000 menerusi aktiviti pentas bersama Anggun Cotton Collection dan AC Gas. – GayahIsTyping