KUALA LUMPUR: Bagi wanita ini, keputusan memakai hijab bukan soal berkaitan hidayah, sebaliknya ia adalah cabaran buat saya.
Pelakon Putri Najuwa berkata demikian kala ditanya penampilannya yang mula memakai tudung sejak November lalu.
“Ini bukan hidayah atau bukannya terbuka pintu hati, tetapi ia sebagai satu cabaran yang saya perlu hadapi setiap hari.
“Sejujurnya, saya masih tak bersedia untuk memakai tudung. Bila nak cakap saya menyarungkan hijab kerana sudah bersedia, saya rasa belum lagi kerana setiap hari saya belajar benda baru,” kata pemilik nama sebenar Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof, 35.
Mengulas lanjut, pelakon drama Dawai Kasih ini berkata, setiap hari adalah cabaran bagi dirinya namun bersyukur kerana setiap urusan dirinya dipermudah.
Sementelah katanya, suami juga ada memberi hint untuk dia bertudung meskipun pernah memberitahu dirinya bimbang jika dipaksa tudung yang disarung tidak kekal lama.
“Sekarang pun saya sedang belajar asasi pengajian Islam di Yayasan Ta’lim. Jika semuanya dipermudahkan, saya boleh ke peringkat diploma pula.
“Sebelum ini, saya memang gemar mengikuti kelas agama dan mendengar ceramah. Perkara itu bermula perlahan-lahan. Bermula sambutan hari lahir saya tahun lalu, ketika baru nak pakai tudung, saya banyak berniat, ‘Ya Allah, aku pakai tudung kerana Kau, Ya Allah. Permudahkanlah untuk aku’,” katanya.
Putri Najwa ditemui di Majlis Ihya Ramadan meraikan anak-anak yatim dan asnaf bersama Royale Kukur x Putri Najuwa anjuran Pertubuhan Amal Bakti Se-Malaysia bersama kawasan rukuntetangga (KRT) PPR Intan Baiduri & Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd pada Sabtu.
Sepanjang Ramadan, dia memfokuskan untuk aktiviti promosi Royale Kukur, produk berasaskan cendawan kukur milik syarikat ibu saudaranya.
“Saya yakin dengan produk ini kerana baru-baru ini, ia diiktiraf oleh Asean Food & Travel Awards 2022 sebagai pengeluar produk cendawan kukur yang pertama di Malaysia.
Saya juga gembira kerana dapat turun padang ke program sebegini untuk menyantuni anak-anak yatim dan asnaf,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad