Wedding Of The Year Erra Fazira Ezwan Zain – Terima Kasih Untuk Limpahan Kasih Sayang Ini

Penyatuan dua jiwa Erra Fazira dan Ezwan Zain dalam majlis yang berlangsung penuh indah pada Jumaat dan Sabtu lalu mencipta satu kenangan dan aura penuh positif dalam kalangan peminat yang menyambut baik dengan iringan doa buat mereka.

Erra sendiri sebak, mengenangkan betapa dia dan suami mendapat limpahan kasih saying yang dianggap luar jangkaan apabila pernikahan mereka disambut baik dengan banjiran kiriman ucapan serta perkongsian termasuk di alam maya.

“Sebearnya di luar jangkaan. Ramai yang doakan dan saya dapat rasakan sata ada sevbuah keluarga yang sangat besar dengan limpahan kasih sayang sebigini,” tutur pemilik nama Fazira Wan Chek di atas pelaminan saat ditemui pada majlis resepsi Wedding of the year itu di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Sabtu lalu.

Primadona dunia lakonan Malaysia itu juga gembira apabila semakin ramai mengenali arjuna hatinya, Ezwan yang selama ini menjadi teka teki.

“Ramai yang terima baik suami saya Ezean dan semakin kenal. Akhirnya mereka tahu kenapa saya pilih Ezwan sebagai suami,” katanya sambal mengukir senyuman manis melirik ke arah Ezwan.

Foto: BlackPepper Production

Sementara itu, Ezwan turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya dan isteri dan akui sebak apabila melihat semua momen mereka disatukan.

“Syukur apabila pernikahan kami menjadi inspiraisi dan menerima doa yang baik dari ramai pihak.

“Pada saya pernikahan ini berlatarkan kasih sayang seorang ayah dan emak kepada anak-anak mereka serta saling menghargai antara satu sama lain,” katanya.

Erra dalam pada itu berkongsi mengambil masa lebih kurang sebulan bagi menyiapkan sendiri 500 cenderahati untuk dijadikan buah tangan buat tetamu di majlis resepsinya sebagai tanda kasih sayangnya kepada keluarga dan rakan-rakan media yang hadir di majlis tertutup berkenaan.

“Semuanya adalah hasil kerja tangan saya dan memang saya buat sendiri. Hampir sebulan juga saya siapkan sebab ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada semua tetamu.

“Memang sakit-sakit pinggang masa buatnya, tapi niat saya cuma satu, nak membahagiakan dan menggembirakan semua orang,” katanya.

Erra juga berkata, dia tidak menyangka ada beberapa kejutan yang disiapkan suaminya untuk majlis itu, antaranya koir dan persembahan artis.

“Saya tak sangka ada kejutan koir dan macam-macam lagi. Ia satu kejutan yang sangat manis daripada suami. Saya nampak segala usaha dia untuk menterjemahkan cintanya,” katanya.

Katanya, pemilihan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh rakan artis pada majlis berkenaan juga idea suaminya dan menjadi satu lagi kejutan istimewa buat dirinya.

Bersama rakan media

Antara artis yang membuat persembahan ialah Siti Nordiana, Hafiz Hamidun, Iskandar Ismail, Naqiu dan Arul Arel.

Terdahulu, Erra dan Ezwan berarak masuk ke dewan dan menuju ke pelaminan dengan iringan lagu dari filem epic Puteri Gunung Ledang iaitu Asmaradan dan Bagikan Sakti. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *