February 9, 2025

Elyana Bebas Kanser

KUALA LUMPUR : Penyanyi Elyana hari ini berkongsi berita gembira kerana penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu kini Lenyap.

Dia melahirkan rasa gembira dan syukur dengan perkembangan terbaharu itu menerusi hantaran visual dan kapsyen di akaun Instagram miliknya pagi ini.

Pemilik nama sebenar Elyana Emrizal, 34, itu berkongsi dua visual mengenai perbandingan sel kanser pada tubuhnya.

“Assalammualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil. Kanser saya hilang. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih ya Allah, Kau telah mendengar doa kami.

‘Tak dapat saya gambar kan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love you ya Allah,” katanya.

Hantaran Instagram pelantun lagu Niat itu mendapat lebih 15 ribu tanda suka dan dihujani lebih tiga ribu komen rakan artis dan peminat.

Rata-rata menulis komen syukur serta sokongan kepada Elyana yang kuat melawan penyakit itu sejak pendedahan yang dibuat ketika bersaing dalam pertandingan Gegar Vaganza musim Keempat.

Antara rakan artis yang meninggalkan komen pada hantaran Elyana yang juga seorang pelakon itu ialah Siti Elizad, Puan Sri Ziela Jalil, Zulin Aziz dan Datuk Aznil Nawawi.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani, 2. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts