October 11, 2024

Nana Tergamam Dengar Lagu M.Nasir

KUALA LUMPUR: Bintang serba boleh Siti Nordiana mengakui dia tergamam kala kali pertama mendengar single baharu ciptaan Datuk M. Nasir buatnya.

Dia mengimbau momen, saat menerima single terbaharunya berjudul Menyantun Kasih sebelum ia dirakamkan.

“Saya akui agak mencabar. Masa mula dengar saya rasa macam fuh, macam mana nak nyanyikan lagu ini.

“Alhamdulillah saya berjaya lakukannya hasil bantuan Datuk dan perbincangan yang kami buat.

“Itupun empat kali juga proses rakaman ini dijalankan pada hari berbeza maklumlah masing-masing sibuk,” cerita Nana.

Baginya, single kali ini menampilkan kelainan tersendiri dengan elemen muzik sunda fusion berbanding yang sinonim dengan dirinya.

Siti Nordiana yang mesra disapa Nana berkata, single kali ini juga sentuhan pertama M. Nasir buatnya selepas menunggu beberapa tahun.

“Saya tunggu sejak 2017 untuk mendapatkan lagu dari Datuk. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga.

“Saya harap peminat terus menyokong saya dan menerima single kali ini,” katanya.

Lantaran single baharunya itu, Nana memilih untuk menperlahankan persembahan dan lakonannya bagi memberikan fokus serta tumpuan terhadap Menyantun Kasih.

Pada masa sama, Nana berkata dia tidak kisah dan berbangga dengan jolokan penyanyi ‘leman’ atau lagu mendayu-dayu sehingga kekal menjadi forte dirinya hingga ke hari ini.

Juara Gegar Vaganza musim kedua itu, bagaimanapun tetap memberikan variasi dalam berkarya dan mencabar diri merakamkan pelbagai lagu genre lain sekaligus mengumpul kelompok
peminat baharu.

“Gelaran ‘leman’ dibertikan Datuk Ramli MS sewaktu Gegar Vaganza dan melekat sampai sekarang. Lagu sebegitu memang sebati dengan saya. Ikutkan saya bangga, tiada sebab pun untuk saya berasa malu dipanggil penyanyi ‘leman’. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts