Ibu Ziana dan Anuar Zain Meninggal Dunia – Kebumi di Tanah Perkuburan Arwah Bapa

Ibu kepada penyanyi terkenal Ziana dan Anuar Zain, Robiah Abdul 74, meninggal dunia akibat kanser hati kira-kira jam 10.44 malam tadi di sebuah hospital swasta di Klang.

Ziana ketika dihubungi berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina pagi ini.

“Emak menghembuskan nafas terakhir di depan mata saya dan pergi selepas nazak di hospital malam tadi.

“Semua adik beradik sempat menghadap Mak dan kami reda dengan pemergian insan kesayangan kami.

“Ampunkan segala dosa Mak saya dan doakan arwah Mak ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah,” katanya kepada GIT MEDIA.

Ziana menambah, pemergian ibunya selepas kira-kira 100 hari mereka sekeluarga kehilangan bapa tersayang pada 26 Ogos lalu.

“Mereka memang sehati sejiwa, kami reda dan saya sempat berjanji kepada arwah Mak akan jaga semua adik beradik,” katanya. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *