KUALA LUMPUR : Selepas hampir empat dekad bergelar anak seni pelakon serba boleh Bell Ngasri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH35) yang diumumkan malam tadi.
Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri menjadi antara pemenang underdog kerana hanya mencipta tular beberapa minggu sebelum undian ditutup dengan watak Barkoba yang dbawanya dalam beberapa siri sebelum ini.
“Alhamdulillah dengan kemenangan dan rezeki ini dan terima kasih semua yang menyokong kerjaya saya.
“Terima kasih juga kepada ibu saya yang sanggup bawa saya naik bas dan susukan saya sejak kecil dan menceburkan diri dalam bidang seni
“Juga terima kasih kepada Allahyarham Mamat Khalid yang mencipta watak Barkoba,” katanya.
Kemenangan Bell itu memang sudah dijangka selepas dia tular di media sosial sepanjang kempen ABPBH35 dan mendapat liputan meluas media.
Ramai netizen dan peminat menyifatkan Bell wajar diangkat kerana sudah lama bergelar pelakon sejak zaman kanak-kanaknya sekitar tahun 1987.
Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang trofi, barangan eksklusif Fellera Skin dan pakej menunaikan umrah.
Sebelum itu dia juga pemenang Anugerah Artis Komedi Popular.
ABPBH35 juga mengiktiraf dua anugerah khas kepada penyanyi Yuna dan Tan Sri Michelle Yeoh. – GayahIsTyping
You may also like
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad
-
Kerja ‘Gila’ Awie – Bakal Persembah Lagu Level ‘TRX’ Pada Konsert TRIAD
-
KRU Bakal Tawan Axiata Arena – Reunion Peminat Menerusi Konsert GenKRU
-
Biduanita Memukau Sukma, Judika Memikat Jiwa – Pukau Lebih 25 Ribu Penonton Dengan Paduan Vokal Gemersik