Dari Sogo Ke Xi’an – Lanzhou, China – Makan Dan Menang Pecutian Di Al Amber Chinese Muslim Restaurant

Selain alasan untuk membeli belah anda wajar menjadikan kunjungan mesti singgah di Sogo untuk menikmati makanan sedap di rangkaian restoran Cina Muslim yang terkenal dengan hidangan autentik dari Lanzhou, Al Amber Chinese Restaurant yang terletak di tingkat tujuh pasar raya itu.

Kenapa perlu ke cawangan di Sogo? Kerana sedang berlangsung kempen cabutan bertuah “Taste & Fly to Lanzhou” secara eksklusif cawangan berkenaan.

Kempen ini diadakan bagi meraikan pelanggan setia sambil memperkenalkan sejarah, budaya, dan citarasa asli Lanzhou yang menjadi tunjang kepada resipi serta identiti Al Amber.

Menurut pengasas Al Amber, Haji Ismail Cui Wei, kempen ini merupakan peluang untuk membawa pelanggan menyelami keaslian masakan dan tradisi Lanzhou yang selama ini menjadi inspirasi utama restoran tersebut.

“Kami mahu pelanggan menyelami keaslian masakan Lanzhou di mana segalanya bermula. Mi tarik, rempah ratus, sup yang semuanya berasal dari sana. Ini adalah peluang untuk pelanggan kami merasainya sendiri.”

Untuk menyertai cabutan ini, pelanggan hanya perlu daftar sebagai ahli Al Amber dengan RM10 (termasuk Chili Oil percuma), berbelanja minimum RM120 di Al Amber SOGO KL.

Hadiah utama cabutan bertuah ini ialah Percutian ke Xi’an – Lanzhou, China, membolehkan pemenang mengalami sendiri warisan sejarah, budaya Muslim China, dan keunikan gastronomi sepanjang laluan Silk Road. Selain itu, pelanggan bertuah lain turut berpeluang memenangi wang tunai dan barangan eksklusif Al Amber bernilai keseluruhan RM5,000.

Hidangan Tanda Ikonik Al Amber yang wajib dicuba. Bukan saja sedap harga sangat berpatutan.

• Sup Ikan Sauerkraut
• Kambing Grill Al Amber
• Mi Tarik Lanzhou
• Sauté Terung Ala Amber
• Dumpling Amber
• Deep Fried Chicken Amber Style

 

Cawangan di Sogo juga menawarkan suasana yang santai dan menenangkan untuk menikmati hidangan bersama rakan, keluarga serta yang tersayang. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *