Bakal memasuki era endemik Covid-19, Gayah percaya ramai yang teruja untuk melancong apatah lagi terbang ke luar negara.
Lebih elok, kalau kita terokai sekitar kita dulu. Kata orang, mulakan perlahan-lahan dan dekat-dekat.
Seperti trend hari ini, orang lebih memilih untuk berehat atau istilah popularnya staycation.
Hotel Grand Barakah di tengah kota Ampang, Selangor menanti anda dengan penuh mesra dan bersedia menggamit nostalgia.
Hotel dengan penjenamaan semula ini memiliki aura sangat tenang saat kaki melangkah sesuai dengan konsep Muslim Friendly yang diamalkan.
Saat melangkah masuk, alih mata anda ke restoran WARISAN BONDA di sebelah kanan.
Disinilah nostalgia bermula. Hari-hari Hari Raya menjadi juadah yang dihidangkan dengan segala jenis makanan nostalgia di pagi Syawal.
Rasa dia, memang terkenang kampung halaman. Maklumlah, hampir tiga tahun Hari Raya tidak dapat berkumpul.
Pengurus besar Grand Barakah Hotel Ampang, Azman Aziz berkata Grand Barakah mahu tetamu merasa juadah istimewa itu setiap hari tanpa perlu menunggu hari raya.
“Di ibu kota hanya kami menawarkan juadah Hari Raya hari-hari jadi anda boleh berehat di sini dan nikmatinya.
“Kami juga bakal perkenalkan pakej istimewa Ramadan nanti iaitu rehat dan ibadah di Hotel Grand Barakah,” katanya.
Info Hotel Grand Barakah:
* Hotel 11 tingkat menawarkan 205 bilik dengan 36 bilik jenis suite iaitu Executive dan Premier, Premier Deluxe dan Bilik Deluxe biasa.
* Terdapat surau di tingkat tiga untuk kegunaan tetamu dan juga dibuka khas untuk solat Jumaat kepada penduduk sekitar.
* Grand Barakah Hotel juga memiliki syarikat agensi pelancongan iaitu Barakah Umhaj yang turut menawarkan pakej percutian didalam negeri.
* Terdapat restoran Arab, Restoran Az-Azzraf yang terletak di tingkat tiga hotel ini.
* Kolam rendang yang bersih untuk riadah dewasa dan kanak-kanak menanti tetamu di di tingkat tiga.
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:-
0197194070 – Ain
0197564070 – Rawi
0199614070 – Alma
0199624070 – Luqman
03-42707070- Pejabat
Gayah seronok di Hotel Grand Barakah. Memang berehat santai. – GayahIsTyping
You may also like
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Lebih 80 Hidangan Citarasa Nusantara – The Venue X Achara Saji Juadah Berbuka Berbaloi
-
Survival Seni Sissy Iman – Lupakan Tas Tangan Mewah Demi Sebuah Impian
-
‘King Of Grill BBQ Buffet Dinner’ – Selera Premium Berpatutan Di The Pearl Kuala Lumpur
-
Magika Seorang Melly Goeslow – Kepuasan Total Seisi Panggung