BANGI – Trend staycation kini semakin mendapat tempat terutamanya untuk berehat seketika dari hiruk pikuk kota dan kesibukan tugasan serta rutin harian.
Hujung Januari lalu, penulis membuat keputusan bijak menyertai rakan-rakan influencers yang diundang khas ke Hotel Tenera Bangi bagi tujuan yang sama.
Hotel terletak di bandar Bangi ini pilihan tepat dan tidak keterlaluan andai dikatakan memenuhi erti sebenar tujuan staycation.
Penginapan di hotel ini mempunyai dua pilihan iaitu bilik dan apartment. Penulis memilih apartment kerana mahu meluangkan masa termasuk sesi ‘gosip’ dan sembang santai yang sudah lama tertangguh.
Melewati perut apartment, senyuman sudah terukir dengan spontan satu perkataan yang muncul ialah selesa.
Untuk bilik ini berharga RM400 dan sekarang mempunyai promosi percuma sarapan pagi.
Kemudahan dalam apartment ini sememangnya lengkap dan lebih menarik kalau rajin, anda boleh memasak sajian yang ringkas.
Kemudahan yang tersedia :
Bath Tub
Dapur Elektrik (tanpa alatan lain)
LCD TV
Mini Bar
Ruang Tamu
Balkoni
Kolam Renang
Bukan setakat itu, pilihan menu untuk melayan tekak juga menarik di hotel ini dan penulis sendiri berkesempatan untuk mencuba Weekend Hi Tea dan Ala Carte di Saffron Brasserie Cafe hotel itu.
Weekend Hi-Tea hotel ini juga antara yang berbaloi dengan pilihan makanan pada harga cuma RM78 bagi dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak.
Pengalaman dua hari satu malam memang tidak cukup, namun merakam memori yang sangat bermkana.
Hotel Tenera Bangi juga sesuai untuk mereka yang mempunya keluarga besar serta mahu meluanhkan masa bersama dengan suasana bercuti.
Bagi penulis, tidak perlu lokasi jauh, meredah kesesakan lalu lintas dan perjalanan meletihkan, cukup hanya setkan GPS dan pandu ke Hotel Tenera Bangi, kegembiraan dan keselesaan menanti! – GayahIsTyping
You may also like
-
Survival Seni Sissy Iman – Lupakan Tas Tangan Mewah Demi Sebuah Impian
-
‘King Of Grill BBQ Buffet Dinner’ – Selera Premium Berpatutan Di The Pearl Kuala Lumpur
-
Magika Seorang Melly Goeslow – Kepuasan Total Seisi Panggung
-
Ziana Zain Pemilik Definisi Diva Sebenar – 56 Years Old And Still Standing Strong
-
Survival Seni Siti Nordiana – 25 Tahun Dan Terus Mekar