PETALING JAYA : Disebalik beberapa kisah sedih yang menimpa mangsa banjir lambat menerima bantuan, sesama rakyat sendiri akhirnya pantas turun padang.
Ramai yang mengambil inisiatif dan usaha sendiri menghulurkan bantuan menyalurkan apa yang wajar kepada mangsa banjir secara individu dan melalui Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat melahirkan rasa kagum dengan usaha yang dilakukan rakyat Malaysia dan berdoa agar semua mereka terus dirahmati Allah.
“Saya sangat sebak dan bangga dalam masa sama melihat rakyat Malaysia berganding bahu menghulur bantuan atas usaha mereka sendiri.

“Satu semangat sebenar yang menyentuh hati dan membuktikan rakyat negara ini bersatu hati dan saling membantu antara satu sama lain bila berlaku musibah,” katanya.
Ayda turut berbangga dengan rakan selebriti yang turun padang memberi bantuan kepada mangsa banjir antaranya seperti Datu Seri Siti Nurhaliza, Datuk Alha Alfa dan Datuk Hattan.
Baginya, masing-masing boleh memainkan peranan dan membantu semua masyarakat yang banyak menyokong kerjaya seni mereka.
Akuinya, dia sendiri melakukan sedaya mungkin dalam usaha meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.
“Kadang-kadang tak perlu tunggu kaya atau berharta untuk membantu. Bantuan boleh dilakukan dalam apa cara termasuk doa.
“Saya tabik dengan semua pihak. Ada yang bersedia sumbangan tenaga membantu menjadi sukarelawan,” katanya isteri kepada selebriti Nabil Mahir itu.

Difahamkan, penyanyi Pencuri Hati itu turut menyalurkan sumbangan kepada beberapa kempen bantuan yang dijalankan antaranya #TanganSembunyi menyumbangkan makanan kepada PPS berkaitan. – GayahIsTyping
You may also like
-
Bakal Lakar Sejarah Nasyid – Misi InTeam Tawan Axiata Arena
-
Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel Ajak Peminat Hafal Jangan Henti – Nyanyi Bersama 18 Oktober Ini
-
Legacy 30 Siti Nurhaliza – Simbol Perjalanan, Pengorbanan Dan Kejayaan Seni Biduanita Negara
-
Erra Fazira Tak Lepas Tangan – Bantu Lonjak Jualan Hingga Hampir 40 Peratus Produk Captain Dolphin
-
Goyang Gerudi Inul Kembali Selepas Dua Dekad – Bawa Amelina Dan Baby Shima