Bukan hanya sekadar menjadi penghias muka atau sekadar meminjam rupa pada produk, malah bagi primadona kesayangan ramai Erra Fazira dirinya memikul tanggungjawab serta harapan.
Pelantun lagu Pertemuan ini, membuktikan pemilihan dirinya sebagai duta produk makanan keluaran Captain Dolphin membuahkan hasil dan menyumbang peningkatan jualan antara 30 hingga 40 peratus.
“Alhamdulillah, pastinya saya sendiri gembira kerana mampu memberikan impak yang baik kepada client dan juga membuatkan kedua-dua pihak gembira.
“Bagi saya kita sebagai duta juga bertanggungjawab dalam membantu apa yang boleh untuk memastikan produk dikenali dan menjadi pilihan pembeli,” katanya pada sesi eksklusif Lawatan Kilang & Majlis Pelancaran Produk Baru Jenama Captain Dolphin di Tanjung Sepat baru-baru ini.
Erra berkongsi, dirinya juga beruntung kerana mengenali pemilik produk berkenaan Johnny Tan Seng Chon dan isteri yang baik hati serta melayannya seperti keluarga.

“Saya juga terharu apabila mengajak saya ke China untuk membeli barangan kelengkapan kilang baharunya seperti yang kita saksikan, saya masih ingat bersama dengannya ketika membuat pembelian barangan untuk kilang baharu ini.
“Saya seronok melihat perkembangan kilang Captain Dolphin dari bangunan lama sehingga sebuah bangunan gah dan agam seperti yang kita lihat hari ini,” katanya.
Sempena lawatan itu, Captain Dolphin turut melancarkan enam produk baru yang diperkenalkan ialah Magic Balls, Crystal Bubble, Coco Cube, Nata De Coco, Jelly Yogurt dan juga Pudding Yogurt.
Terdapat juga tiga perisa baru konjac jeli, iaitu Calamansi, Caramel dan Cola.

Majlis berkenaan turut meraikan pembabitan Erra sebagai duta jenama Captain Dolphin selama tiga tahun.
Lebih menarik, Erra turut meluangkan masa dua hari semalam bercuti bersama rakan media di Sepang sempena lawatan berkenaan.

Erra meluangkan masa termasuk dalam sesi riadah, makan-makan serta sesi sembang santai bersama media yang diuruskan oleh pengurusan Ratu Cantik Malaysia itu iaitu MindOrder Sdn Bhd. – GIT MEDIA
