Pernah Jumpa 10 Tahun Lalu, Joe Flizzow Pernah Digelar Joe Snoop
KUALA LUMPUR: Siapa sangka pertemuan 10 tahun lalu menjadi antara pembuka jalan Joe Flizzow bekerjasama dengan bintang rap dunia, Snoop Dogg.
Mengimbau momen sedekad lalu, Joe berkata pernah bertemu Snoop Dogg pada konsert di Bangkok, Thailand.
“Selepas konsert berakhir, saya dibawa ke belakang pentas untuk bertemunya. Kami sempat merakamkan gambar. Kali kedua, saya jumpa Snoop Dogg pada sesi ‘post mortem’ anjuran DJ Uno.
“Pada mulanya, saya tidak pasti mahu pergi dan berbelah-bahagi. Namun, saya beranikan diri dan beliau sangat peramah,” katanya.
Akuinya, dia meminati Snoop Dogg sejak 1993 sehingga sekarang kerana kagum dengan apa yang diperjuangkan penyanyi itu.
Joe juga berkongsi, rakan-rakan pernah menggelarnya Joe Snoop dek kerana gemar memakai baju gambar bintang rap itu.
Mengenai kerjasama dengan Snoop Dogg,
Joe mengakui berbangga kerana dipilih untuk bekerjasama dalam album terbaharu, Snoop Dogg Presents The Algorithm (The Global Edition) untuk pasaran antarabangsa.
Pernah mendapat pujian Snoop kerana usaha memperkasakan genre rap di Malaysia antara faktor membawa kepada kerjasama itu.
Joe dipilih merakamkan lagu Alright nyanyian Redman dan Method Man yang menampilkan dirinya dan Nefertitti Avani.
Joe berkata dia menulis sendiri bait lirik dendangannya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Album itu turut menghimpunkan ramai artis hip hop dan R&B dinaungi Universal Music Group (UMG) dari serata dunia.
“Apabila kerjasama ini terjadi, saya terdetik suatu perkara iaitu jangan sesekali putus asa dalam apa yang kita impikan. Kita tidak pernah tahu sesuatu yang mustahil mungkin jadi realiti,” katanya.
Joe yang popular dengan lagu Apa Khabar bangga kerana Jalur Gemilang terpampang pada poster rasmi album Snoop Dogg itu.
“Impian saya seterusnya adalah mahu menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaru berjudul Johan yang akan diterbitkan tahun depan,” katanya.
Sebelum ini, Joe Flizzow pernah berduet dengan ikon hip hop antarabangsa, Warren G. – GayahIsTyping
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu