KUALA LUMPUR: Stesen radio Gegar menawarkan baucar beli belah bernilai RM200 setiap hari bermula 5 April menerusi program Karok Kuaratin Gegar.
Menerus program itu, pendengar stesen berkenaan perlu memuat naik lagu tugasan yang disiarkan di media sosial stesen itu.

Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana berkata, pedengar yang ingin mengambil bahagian boleh merakam nyanyian mereka dan muat naik di akaun Instagram masing-masing.
“Ini adalah sebahagian usaha kami di Gegar untuk memberikan pengisian kepada pendengar dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran virus Cocid-19 yang sedang melanda.

“Kami menawarkan peluang kepada semua pendengar Gegar dengan syarat mereka kena menyanyi lagu yang kami senaraikan dan pastikan akaun mereka tidak dikunci serta pastikan setiap video disertakan tanda pagar #karokkuarantingegar,” katanya kepada Gayah.
Raja Nadia berkata, program itu mendapat kerjasama dengan syarikat rakaman tempatan seperti FMC Music dan MV/Rusa Music.
Beliau berkata, keputusan akan diumumkan pada siaran Gegar Malam yang dikendalikan oleh Anna Al Juffrey pada setiap jam 8 hingga 12 tengah malam.

Apa lagi, daripada membiarkan bakat anda terpendam, baiklah sertai program ini. Siapa tahu bukan sahaja menang RM200 mungkin anda akan diintai syarikat rakaman.
Gayah kalau ada bakat, pasti turut serta. Gayah lebih kepada bersajak.
You may also like
-
Bakal Lakar Sejarah Nasyid – Misi InTeam Tawan Axiata Arena
-
Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel Ajak Peminat Hafal Jangan Henti – Nyanyi Bersama 18 Oktober Ini
-
Legacy 30 Siti Nurhaliza – Simbol Perjalanan, Pengorbanan Dan Kejayaan Seni Biduanita Negara
-
Erra Fazira Tak Lepas Tangan – Bantu Lonjak Jualan Hingga Hampir 40 Peratus Produk Captain Dolphin
-
Goyang Gerudi Inul Kembali Selepas Dua Dekad – Bawa Amelina Dan Baby Shima