April 25, 2025

Yonny Boii Tak Ramai Kawan

KUALA LUMPUR : Bakat muda yang mempunyai potensi besar dalam industri muzik, Yonny Boii mengakui dirinya tidak mempunyai ramai kawan.

Akuinya, dia seorang pendiam dan lebih gemar menyendiri. Lantaran, kisah itu dikongsi dalam single terbaharunya Salahku yang dilancarkan pada 3 April lalu.

“Salahku boleh saya kata menyingkap kisah lalu tentang kehidupan peribadi saya. Pengalaman itu sebenarnya mematangkan saya.

“Di sekolah dulu pun, saya tak ramai kawan. Saya memang jenis yang suka menyendiri, berdiam diri, memendam rasa dan cepat marah,” katanya.

Yonny, 22, berkata ia umpama terjemahan bahawa diri manusia ini tidak pernah sempurna.

“Lagu itu saya tulis mengenai isi hati diri saya. Sejak usia 16 tahun lagi, saya lebih selesa menunjuk perasaan dalam lagu. Saya sering merasakan diri saya banyak kekurangan.

“Kadangkala tindakan yang kita buat, kita rasa kita betul. Hakikatnya pada mata orang lain apa yang kita buat itu satu kesilapan. Disini berlaku kekeliruan pada diri sendiri”, katanya.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, apa yang dilalui menjadi pengajaran dan mengajar dirinya menukar kelemahan kepada kelebihan.

Yonny mengakui pengalaman lalu juga mematangkan dirinya sehingga yakin dengan bakat yang ada dan digunakan sebagai punca rezeki.

Sebelum Salahku, Yonny Boii tahun lalu pernah meledak dengan lagu Sakit duet bersama Zynakal.

“Salahku ni dikira single ketiga solo saya selepas Tujuan dan Biar.

“Tahun lalu pun saya sebenarnya pernah muncul dengan lagu Takut berkolaborasi dengan Caprice.

Gayah akui, Yonny antara bakat besar dan bijak dalam menulis lagu. Liriknya juga menjentik terus hati yang mendengar.

Selepas Awan Yang Terpilu sentuhan Allahyarham Loloq, lirik Sakit antara yang sangat meninggalkan kesan pada Gayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts