December 1, 2022

Amy Keluar Search

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amy hari ini mengumumkan secara rasmi berundur dari kumpulan Search.

Amy atau nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman membuat kenyataan itu dalam satu program bual santai Astro Gempak petang tadi.

Beliau bagaimanapun, berkata akan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo meskipun sudah tidak lagi bersama Search.

“Keputusan ini adalah untuk kebaikan bersama dan memberi peluang kepada anggota lain untuk meneruskan kerjaya seni mereka.

“Saya juga berharap keputusan ini membolehkan anggota lain memeruskan langkah tanpa bergantung atau tersekat kerana saya,” katanya pada sesi bual di media sosial portal berkenaan.

Amy berkata, usianya juga sudah mencecah 62 tahun dan tidak memiliki kemampuan seperti usia 26 tahun.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1981 itu turut dianggotai oleh Nasir, Kid dan Din.

Amy sebelum ini pernah keluar dari kumpulan yang terkenal dengan lagu Isabella, pada tahun 1994 untuk memulakan projek solonya ketika itu.

Bapa kepada pelakon Nabila Huda itu berjanji akan tetap terus menyanyi dan tidak bersara.

Gayah percaya semua ini demi kebaikan. Phewit akan tetap relevan dalam industri muzik tempatan, begitunya kumpulan Search.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts