KUALA LUMPUR: Kekal ampuh dengan jenama masyhur Suria Cinta, penyampai radio Suria FM, DJ Lin dipilih sebagai penerima anugerah kecemerlangan bagi kategori “Influential Radio Announcer” di majlis Women of Excellence Awards 2021/22 (WOEA2021/22).
Pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid atau popular dengan DJ Lin menerima anugerah itu pada majlis yang diadakan Khamis lalu menjadikan ia anugerah ke-10 dimenanginya secara keseluruhan.
DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM ini teruja dengan anugerah yang diterima dan bersyukur di atas pengiktirafan orang luar terhadap jenama DJ LIN.
“Anugerah dan pencapaian ini sememangnya tidak ternilai harganya dan tanpa sokongan peminat DJ Lin dan Suria Cinta, tiadalah DJ Lin di sini.
“Pengiktirafan ini secara tidak langsung menyuntik semangat DJ Lin untuk melakukan yang lebih baik kepada pendengar setia yang mempercayai jenama DJ Lin dan Suria FM,” katanya.
Kredibiliti dan populariti DJ Lin selama 23 tahun di dalam industri radio di Malaysia diiktiraf menerusi beberapa anugerah besar yang dimenanginya sebelum ini.
Antara anugerah yang pernah di menangi ialah Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik) sebanyak tiga kali, Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak empat kali dan Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012.
Malah, dia turut pernah memenangi Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest Trusted Brands ke-23.
“Sekali lagi setinggi terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan ia momen bermakna buat saya dan semua,” katanya.
DJ Lin turut berpesan agar semua peminatnya terus mendengarkan Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat pada jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia.
Ikuti media sosial @djlinsuriacinta dan @suriamalaysia untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai DJ Lin dan Suria FM. – GayahIsTyping
You may also like
-
Bakal Lakar Sejarah Nasyid – Misi InTeam Tawan Axiata Arena
-
Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel Ajak Peminat Hafal Jangan Henti – Nyanyi Bersama 18 Oktober Ini
-
Legacy 30 Siti Nurhaliza – Simbol Perjalanan, Pengorbanan Dan Kejayaan Seni Biduanita Negara
-
Erra Fazira Tak Lepas Tangan – Bantu Lonjak Jualan Hingga Hampir 40 Peratus Produk Captain Dolphin
-
Goyang Gerudi Inul Kembali Selepas Dua Dekad – Bawa Amelina Dan Baby Shima