KUALA LUMPUR LUMPUR: Lima buah sekolah yang menyertai Program Amalan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia Roll Up Wraps 2022 menampilkan kreativiti resipi yang mengagumkan.
Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rosniza Hussain berkata hasil hidangan yang disediakan cukup kreatif, sedap dan paling penting kaya dengan nutrisi lengkap sebagai pemakanan yang sihat.
“Saya sendiri teruja apabila melihat mereka mengahsilkan makanan dengan produk dari Gardenia dan ternyata berjaya menghasilkan sesuatu yang sihat.
“Walaupun masih di peringkat sekolah menengah, masing-masing mempamerkan kreativiti yang baik dan sesuai dengan tema sihat,” katanya.
Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd usaha sama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Untuk acara akhir ini pelajar-pelajar dan guru dari setiap sekolah dikehendaki bekerjasama dalam mencipta resipi berpandukan kedua-dua Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia.
Lima sekolah yang bersaing di peringkat akhir semalam ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan; SMK Sentul Utama; SMK Seri Permaisuri; SMK St Mary dan SMK Taman Setiawangsa.
Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd Lavinia Anthony, berkata program ini diharap dapat meningkatkan penyesuaian gaya hidup pemakanan sihat dengan penyediaan sangat mudah, Just Wrap It.
Lavinia menambah bahawa program ini adalah projek perintis yang dijangka akan diperluas jangkauannya kepada 80 lagi sekolah di Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.
Berikut senarai pemenang Program Amalan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia Roll Up Wraps 2022:
Pertama – SMK SERI PERMAISURI
*Hadiah Wang Tunai RM2000 dan sijil penyertaan
Kedua – SMK ST MARY
*Hadiah Wang Tunai RM1500 dan sijil penyertaan
Ketiga – SMK SENTUL UTAMA
*Hadiah Wang Tunai RM1000 dan sijil penyertaan
Pemenang Saguhati -SMK TAMAN SETIAWANGSA
-SMK BANDAR TASIK SELATAN
*Hadiah Wang Tunai RM500 dan sijil penyertaan. – GayahIsTyping
You may also like
-
Anak Seni Dan Pendidikan – Haris Embong Yakin Ilmu Mampu Tingkat Kredibiliti Serta Kualiti Seni
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad
-
Kerja ‘Gila’ Awie – Bakal Persembah Lagu Level ‘TRX’ Pada Konsert TRIAD
-
KRU Bakal Tawan Axiata Arena – Reunion Peminat Menerusi Konsert GenKRU