October 18, 2025

Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel Ajak Peminat Hafal Jangan Henti – Nyanyi Bersama 18 Oktober Ini

EMPAT, gabungan empat bintang tersohor tanah air iaitu Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel, mengajak peminat mereka menghafal lagu Jangan Henti dan bersama-sama menyanyikannya pada 18 Oktober ini.

Lagu ini hadir sebagai simbol kasih, semangat, dan penghargaan EMPAT terhadap sokongan tanpa henti yang diterima sepanjang perjalanan seni mereka.

“Jangan Henti adalah hadiah terbaharu daripada kami buat para peminat.

“Lagu ini yang dirakamkan khas ini lahir daripada kasih dan semangat yang tidak pernah putus, sama seperti sokongan anda yang sentiasa mengiringi langkah kami.

“Semoga irama ini menjadi pengikat kenangan terindah menjelang Konsert EMPAT Live in Kuala Lumpur 2025.”

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim dan lirik oleh Syamel, Ernie & Edry dengan kerjasama Anuar Zain Network Sdn Bhd, Ziana Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd.

“Kami, EMPAT, menantikan kehadiran anda dengan penuh rasa syukur dan terima kasih.

“Setiap anda yang hadir bukan sekadar memberi sokongan, tetapi menjadi sumber kekuatan dan semangat buat kami.

“Sokongan anda adalah inspirasi yang akan membawa tenaga,kekuatan dan doa agar konsert pada 18 Oktober nanti bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi sebuah kenangan terindah buat anda semua,'” luah EMPAT.

Konsert Empat Live in Kuala Lumpur 2025 bakal berlangsung pada 18 Oktober ini di Megastar Arena Kuala Lumpur. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts