Berpeluang menyaksikan persembahan sulung penyanyi berbakat besar ini Ahad lalu membibitkan rasa bangga bersarang dalam diri sementelah mengetahui graf perjalanan seninya.
Persembahan sulungnya, Sissy Imann The Showcase yang berlangsung di Black Box, Damansara Performing Arts Center (DPAC) menterjemahkan kesungguhan wanita ini bergelar penyanyi.
Lebih menyentuh rasa, Sissy meluah rasa betapa dirinya bahagia mengetahui ramai yang sayang menerusi sokongan yang diterima dengan kehadiran peminat, keluarga dan rakan artis memenuhi ruang persembahan.
“Hari ini Sissy tahu ramai yang sayang Sissy terima kasih daripada 120 orang ada permintaan untuk tambahan 30 menjadi maksima 150 hadirin di depan Sissy.
“Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan,” katanya yang membuka persembahan penuh bertenaga menerusi lagu Overture dan seterusnya Balang Boneka dan Ribut.
Tambah Sissy, paling bahagia adalah kerana melihat sokongan daripada wajah-wajah yang dikenali dalam industri.
Survival Seni Sissy Iman – Lupakan Tas Tangan Mewah Demi Sebuah Impian katanya.
Persembahan berkenaan anjuran Seni Unggul Production milik keluarga Sissy itu turut menyaksikan penampilannya bersama band yang dianggotai Irena Taib (gitar), Anwar Amzah (gitar akustik), Melina William (bass), Nisa Addina (biola) dan Ruviyamin (dram).
Mengimbau persembahan penyanyi lulusan Sarjana Muzik itu, Sissy berkongsi dia memilih untuk melupakan keinginan bergaya dengan tas tangan mewah demi impian yang sudah lama disimpan.
Dia berkongsi sejumlah wang simpanan digunakan untuk merakamkan lagu di Studio Abbey Road, London.
“Awalnya saya ke London untuk berjalan-jalan. Kemudian, saya terfikir mungkin saya boleh buat benda lain juga sebab dah lama saya impikan untuk bekerja dengan orang luar.
“Alhamdulillah, Allah dah tentukan rezeki saya untuk merakamkan lagu di Abbey Road itu. Sebelum itu, saya dah buat pembentangan siap dengan PowerPoint di depan ibu bapa saya sebab saya nak mohon ‘dana’ daripada mereka.
“Selepas 10 tahun ‘berpuasa’, tak beli barangan berjenama, dapatlah ‘dana’ untuk pergi ke London, sekali gus merakamkan album,” katanya.
Antara momen paling manis dan bermakna pada persembahan berkenaan ialah apabila Sissy bermain piano mengiringi nyanyian ayahandanya, Mohammad Kamil Mustaffa menerusi lagu Jeritan Batinku.
Persembahan berkenaan menyentuh emosi hadirin lebih-lebih lagi apabila dia berkongsi heronya itu insan penting yang menukar persepsi bencinya pada muzik menjadi cinta dan kerjayanya.
Sissy ternyata mempunyai resume lengkap bergelar pelapis industri seni dengan bakat serta ilmu yang dimiliki serta wajar dijadikan contoh bagi mereka yang menyimpan angan bergelar penyanyi.
Terus terbang tinggi, tapi kekal membumi Sissy Iman. – GayahIsTyping
You may also like
-
Bakal Lakar Sejarah Nasyid – Misi InTeam Tawan Axiata Arena
-
Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel Ajak Peminat Hafal Jangan Henti – Nyanyi Bersama 18 Oktober Ini
-
Legacy 30 Siti Nurhaliza – Simbol Perjalanan, Pengorbanan Dan Kejayaan Seni Biduanita Negara
-
Erra Fazira Tak Lepas Tangan – Bantu Lonjak Jualan Hingga Hampir 40 Peratus Produk Captain Dolphin
-
Goyang Gerudi Inul Kembali Selepas Dua Dekad – Bawa Amelina Dan Baby Shima