September 11, 2025

Sombr Muncul Dengan I Barely Known Her – Laluan Kerjaya Seni Makin Bergaya Calon MTV Video Music Award 2025

Sombr bakat muda dengan genre muzik alt-pop global, mengumumkan mengenai album debutnya yang sangat dinanti-nantikan, I Barely Know Her.

Diluncurkan pada 22 Ogos menerusi Warner Records, I Barely Know Her bakal melonjakkan nama penyanyi berusia 20 tahun ini ke status ‘superstardom’, susulan kejayaan luar biasa sepanjang 2025 dengan rekod carta yang memecahkan pelbagai pencapaian bagi artis pendatang baharu, serta siri jelajah konsert utama dan arena yang habis terjual di seluruh dunia.

Bukan calang-calang, I Barely Know Her ditulis sepenuhnya oleh Sombr dan diterbitkan bersama penerbit legenda yang disegani, Tony Berg (Phoebe Bridgers, Boy Genius, The Replacements, Aimee Mann, Michael Penn).

Lebih menarik, album ini akan dilancarkan sebelum konsert jelajah Amerika Utara Sombr bermula dan boleh diprasimpan di pelantar penstriman utama.

Single Debut Raih 1 Juta Strim Pada Minggu Pertama Dilancarkan Pada usia 19 tahun, penyanyi dan penulis lagu, Sombr muncul sebagai salah satu nama paling menyerlah dalam dunia muzik global.

Bermula dengan merakamkan lagu di bilik tidur sehingga kini menjayakan persembahan ‘sold out’, artis kelahiran New York ini telah mencapai pelbagai kejayaan yang menjadi aspirasi ramai pemuzik muda.

Sombr, atau nama sebenarnya Shane, mula mendapat perhatian dunia dengan single debutnya Caroline, yang mencatat lebih sejuta strim pada minggu pertama dan kini melepasi 38 juta strim di Spotify.

Karya-karya lain yang turut mendapat sambutan termasuk Willow, Would’ve Been You (45 juta strim) dan Do I Ever Cross Your Mind (13 juta strim).

Pada 2025, perjalanan seni Sombr sampai ke titik tertinggi selepas dipilih dalam senarai berprestij Billboard 21 Under 21, yang mengiktiraf artis muda paling berpengaruh dalam membentuk masa depan industri muzik.

Senarai ini menonjolkan kehadiran Sombr di peringkat global, keupayaannya menyentuh hati peminat melalui penulisan lagu yang penuh emosi, serta kejayaan strim yang mengagumkan untuk pelbagai lagu yang diluncurkan.

Mengukuhkan lagi momentum tersebut, Sombr turut menerima pencalonan di MTV Video Music Awards 2025 (Artis Baharu Terbaik & Video Alternatif Terbaik), satu pencapaian yang meletakkannya sebaris dengan bakat muda paling disebut-sebut tahun ini.

Pencalonan ini turut mengesahkan kedudukannya sebagai antara pengaruh baharu dalam landskap muzik pop dan indie global. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts