September 11, 2025

SocialCeleb Tidak Kompromi Soal Kualiti – Lifetelco perkenal platform pencarian bakat digital pertama di Malaysia

Meskipun sesiapa saja boleh menyertai platform yang disediakan untuk mencapai impian bergelar selebriti, soal kualiti tetap menjadi keutamaan.

Jenama pertama seumpamanya di Malaysia iaitu SocialCeleb secara rasmi dilancarkan sebagai platform pencarian bakat digital yang boleh diakses orang ramai di seluruh dunia bermula 9 September 2025.

Platform ini dibangunkan khusus untuk menghubungkan bakat-bakat baharu di seluruh negara dengan nama-nama besar dan berpengalaman dalam industri hiburan.

Majlis peluncuran yang berlangsung semalam, menampilkan barisan nama hebat seperti Datuk Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Nabila Huda dan Datuk Aaron Aziz sebagai Star Mentors bersama Star Celebs terdiri daripada nama berpengaruh seperti Bella Astillah, Harszan, Satthiya Kandi dan Hubert Lee.

Platform ini menggabungkan capaian digital dengan peluang hiburan sebenar, dikuasakan oleh perkhidmatan OTT, pelan data dan ganjaran daripada Lifetelco. Dengan yuran sekali bayar RM110, peserta menerima Kad SIM Lifetelco 110GB data, insurans kemalangan diri RM50,000, akses OTT drama dan filem serta peluang menyertai uji bakat eksklusif.

Pengarah Rangkaian Lifetelco, Saraleana Nattaya Azmi, berkata SocialCeleb memberi peluang kepada semua orang, tanpa mengira lokasi untuk mengetengahkan bakat mereka sebagai pelapis dalam industri hiburan.

“Menerusi gabungan capaian digital, bimbingan industri dan peluang lakonan sebenar, kami membina laluan masa depan kepada anak tempatan untuk mengetengahkan bakat. SocialCeleb menghimpunkan nama besar dan bakat baharu untuk mencipta pencarian bakat paling menarik di negara ini.

“Inisiatif ini adalah komitmen kami terhadap pemerkasaan sosial. Dengan menyediakan SIM percuma, data, insurans dan peluang uji bakat, SocialCeleb memastikan faktor kewangan atau lokasi tidak menghalang bakat untuk mengejar impian,” katanya.

Melalui bengkel eksklusif, persembahan langsung dan perkongsian peribadi, Star Mentors akan membimbing peserta melalui proses uji bakat bagi filem, drama bersiri dan projek OTT akan datang. SocialCeleb secara tidak langsung membuka peluang kepada peserta untuk melangkah dari skrin telefon terus ke layar perak.

Saraleana turut menegaskan, kualiti menjadi kriteria utama dalam mempersiapkan bakat baharu sebelum diberikan peluang masuk ke dalam industri.

Katanya, setiap yang menyertai SocialCeleb akan dibantu dan dipersiapkan dengan ilmu bagi memastikan mereka mempunyai kualiti dan kredibiliti sebagai selebriti.

Sementara itu, sebagai pelakon yang telah menempuh pelbagai fasa dalam industri hiburan, Nabila Huda melihat inisiatif SocialCeleb bukan hanya mengangkat bakat baharu, tetapi turut memberi makna sebenar kepada tanggungjawab sosial dalam dunia seni.

“Saya sangat bersemangat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Kita bukan sekadar menilai, malah kita juga membimbing.

“Paling penting, kita turut membantu membuka pintu kepada mereka yang berpotensi untuk mengetengahkan bakat dengan lebih berani dan yakin,” kata Nabila yang juga aktif dalam latihan dan pemilihan peserta.Pendaftaran dibuka bermula 9 September 2025 di laman web: www.social-celeb.com. – GIT MEDIA 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts