Penyanyi dan pelakon Anuar Zain, melahirkan rasa syukur dan lega urusan jenazah arwah bapanya dipermudah dan selesai dikebumikan selepas meninggal dunia kira-kira jam 3.32 petang tadi.
Meskipun mengakui amat sedih, penyanyi lagu Keabadian Cinta itu bersyukur apabila urusan terakhir Allahyarham bapanya , Zain Abdullah dipermudahkan.
Kata Anuar, segala urusan selepas bapanya meninggal dunia selesai dalam tempoh lima jam.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan urusan abah. Sua selesai kurang lima jam.
“Kata orang kalau urusan dipermudahkan, dia seorang yang dikasihi,” katanya.
Anuar ditemui selepas selesai urusan pengkebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam Selangor.
Anuar memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Shah Alam pada petang Selasa.
Dia memberitahu bapanya sudah disahkan menghidap kanser sejak Disember tahun lalu.
“Sebenarnya arwah menghidap kanser prostat dan sudah merebak. Sebelum ini sudah menerima rawatan.
“Cuma pagi tadi dia alami cirit-birit.
“Tapi saya boleh katakan dia pergi sudah tiba masanya. Kami sekeluarga reda pemergian arwah,” ujarnya.
Bercerita tentang momen terakhir bersama arwah, Anuar ada di rumah sebelum bapanya meninggal dunia.
Malah sepanjang sakit kesemua adik-beradik sentiasa memberi perhatian penuh dalam menjaga bapa mereka.
“Dia selalu cakap minta maaf sebab menyusahkan, tetapi sebenarnya tidak langsung.
“Kami lima beradik sempat menjaga sepanjang arwah sakit,” kongsinya.
Allahyarham disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Permai, Selangor sekitar pukul 2.50 petang.
Arwah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun. – GayahIsTyping
You may also like
-
Azharina Azhar Angkat Lagu Gunung Kinabalu – Dedikasi Khas Lagu Patriotik Buat Malaysia
-
Sombr Muncul Dengan I Barely Known Her – Laluan Kerjaya Seni Makin Bergaya Calon MTV Video Music Award 2025
-
SocialCeleb Tidak Kompromi Soal Kualiti – Lifetelco perkenal platform pencarian bakat digital pertama di Malaysia
-
Ziana Sempat Teman Arwah Bapa Tidur – Amat Sedih Kerana Hilang Sepotong Doa
-
Pak Zain Meninggal Dunia – Ziana, Anuar Kehilangan Bapa Tersayang