June 19, 2024

Jaclyn Victor Muncul Juara All Stars Gegar Vaganza

KUALA LUMPUR : Jaclyn Victor dinobatkan juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Axiata Arena di sini malam ini.

Jaclyn yang menyampaikan lagu When You Believe dan duet Sandarkan Pada Kenangan bersama Datuk Jamal Abdillah menewaskan tujuh yang lain.

Untuk rekod, Jaclyn ialah juara (GV) Gegar Vaganza musim kesembilan.

Dia turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 dan hadiah sampingan.

Kesemua finalis membawa lagu popular K-pop Let’s Kill This Love nyanyian Blackpink dan Sorry Sorry oleh Super Junior, dalam pusingan battle.

Kesemua finalis membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, pakej percutian dan trofi.

Naqiu diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Bos Susu.

Kesemua mereka diadili juri profesional Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Ella sebagai juri jemputan. РGayahIsTyping 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts