PETALING JAYA : Karnival Jom Heboh (KJH) yang meraikan ulang tahun ke-20 bakal diadakan di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Julai (Jumaat, Sabtu dan Ahad) ini.
Lokasi kedua KJH kali ini sangat unik apabila dapat bekerjasama dengan BABA’S, produk rempah ratus terbesar di Malaysia.
Kemeriahan berganda apabila BABA’S turut melancarkan Hari Kari Malaysia BABA’S 2023 di Karnival Jom Heboh BABA’S bersama warga kota Pulau Pinang.
Sebagai tanda penghargaan kepada pengguna produk BABA’S yang telah beroperasi selama 46 tahun ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan khas buat pengunjung termasuk pemberian produk secara percuma.
Selain kemeriahan Hari Kari Malaysia BABA’S, pengunjung juga berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti di booth Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton) dan macam-macam lagi.
Berita baik buat peminat drama, mereka turut berpeluang untuk beramah mesra bersama selebriti kegemaran mereka di booth Studio Tonton Drama Sangat yang akan menampilkan barisan selebriti Nazim Othman (Akasia: Rajuk Karina), Nabila Razali (Seindah 7 Warna Pelangi),Bell Ngasri dan ramai lagi.
Selain itu, kepada peminat bola sepak negara jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dengan dengan pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 dan duta Penang FC iaitu Mohd Faiz Subri dalam aktiviti #JanjiBola di booth Studio Tonton Drama Sangat.
Konsert Jom Heboh juga bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad menampilkan Siti Nordiana, Marsha Milan, Zamani, Aepul Roza, Rahmad Mega, Nabila Razali, Naqiu, Puteri Khareeza, Insomniacks, Usop, Zynakal Sarah Suhairi, Bunga dan Budak Nakal Hujung Simpang. – GayahIsTyping
You may also like
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad
-
Kerja ‘Gila’ Awie – Bakal Persembah Lagu Level ‘TRX’ Pada Konsert TRIAD
-
KRU Bakal Tawan Axiata Arena – Reunion Peminat Menerusi Konsert GenKRU
-
Biduanita Memukau Sukma, Judika Memikat Jiwa – Pukau Lebih 25 Ribu Penonton Dengan Paduan Vokal Gemersik